• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Minta Pakatan Jangan Lagi Berunding Dengan PAS!

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda DAP menyelar PAS kerana mengambil pendirian berkecuali dalam pemilihan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Negeri Perak yang menyaksikan Bekas Ketua Wanita MIC Perak, S. Thangeswary dipilih memegang jawatan itu.

Baca: S.Thangeswary Wanita Pertama Dilantik Speaker Dun Perak

Sehubungan itu, Ketuanya, Wong Kah Woh menyarankan supaya Pakatan Harapan tidak lagi mengadakan sebarang perbincangan dengan PAS selepas ini selepas calon Pakatan Harapan, V. Sivakumar tidak terpilih.

“Saya mencadangkan Pakatan Harapan atau mana-mana komponen parti daripada mana-mana peringkat tidak perlu lagi mengadakan apa-apa perbincangan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sekiranya ada pada masa hadapan dengan PAS untuk mana-mana isu,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kah Woh memperkuatkan hujah Pakatan Harapan tidak lagi perlu mengadakan sebarang perbincangan dengan PAS dengan membangkitkan tindakan PAS menyebabkan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil baru-baru ini.

Malah, beliau menyelar PAS kerana memberi peringatan kepada rakyat Malaysia supaya tidak memberi ruang kepada kuasa asing mencampuri urusan negara dalam isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

“PAS pada hari ini jelas lebih cenderung dan berhasrat untuk menerima batang pendamaian yang dihulurkan oleh UMNO,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd