• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir Olimpik

oleh Ahmad Albab
18/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Datuk Lee Chong Wei mudah mara ke separuh akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik Rio apabila menundukkan pemain Taiwan, Chou Tien Chen di Pavilion 4, Riocentro di sini hari ini.

Meneruskan momentum kemenangan dalam usaha mendapatkan pingat emas, Chong Wei terus melebarkan rekod pertemuan 5-0 ke atas Tien Chen selepas menang 21-9, 21-15 dalam aksi suku akhir yang berlangsung selama 40 minit.

“Saya tidak anggap perlawanan ini mudah. Saya ada membuat beberapa kesilapan di set kedua sehingga membenarkan lawan mengutip mata.

“Pada masa sama, saya juga berterima kasih kepada sokongan rakan-rakan yang datang (merujuk kepada kehadiran beberapa bekas pemain kebangsaan). Begitu juga dengan sokongan penyokong Malaysia,” katanya.

Chong Wei akan menentang pemenang perlawanan suku akhir antara juara Olimpik dua kali, Lin Dan dari China dan pemain India, K. Srikanth.

“Sememangnya saya bersedia menghadapi perlawanan yang paling susah kerana tiada yang mudah di Sukan Olimpik ini.

“Apa yang penting saya perlu kekal fokus dan sememangnya ada tekanan tersendiri untuk saya kerana ini adalah penampilan terakhir saya di Olimpik.

“Saya perlu mengawal tekanan dalam diri sendiri dan berharap dapat mengikut jejak beregu campuran dan lelaki negara yang mara ke final,” kata pemenang dua pingat perak Olimpik pada 2008 dan 2012 itu.

Dalam kedua-dua final edisi itu, Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dan masih tercari-cari pingat emas sulung dalam penampilan keempatnya di temasya Olimpik.

Perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki akan dilangsungkan Jumaat ini. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Weisukan olimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd