• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cara Tuntuk Hak Rumah Buat Pasangan Yang Bercerai

oleh AK-47
18/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARTA sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama atau dihasilkan atas perkongsian pasangan suami isteri dalam tempoh perkahwinan.

Namun sudah pasti ramai diluar sana mengalami masalah pembahagian harta apabila perkahwinan yang dibina itu berakhir tetapi aset yang dimiliki dinamakan bersama.

Sudah pasti jika ianya dibiayai bersama-sama memerlukan pembahgian secara adil, tetapi bagaimana pula jika hanya satu pihak sahaja membayar harta tersebut terutamanya bekas isteri?

Adakah dia layak untuk memiliki harta berkenaan disebabkan hanya dia sahaja yang membayar secara bulanan atas pinjaman yang dilakukan?

Oleh itu, seorang peguam yang merupakan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Tuan Salkukhairi Abd Sukor di laman Facebook tampil mengupas dan memberikan penyelesaian berkenaan perkara ini.

Jom kita baca penyelesaianya buat mereka yang menghadapi masalah pembahagian harta ini.

kes1

KES TERLEBIH SAYANG SUAMI

Saya biasa diajukan soalan seperti berikut:

“Masa saya beli rumah ni, letak dua nama dalam geran, nama saya dan suami. Tapi loan saya bayar sorang-sorang, potong gaji bulan bulan.”

“Sekarang saya dan suami dah tak tinggal serumah lagi. Ada cara tak untuk tukar nama rumah ni pada nama saya seorang sahaja.?”

Suami pun kata nak tuntut hak pada rumah tersebut sebab katanya nama dia ada dalam geran.
Macam mana ya tuan, apakah cara untuk selesaikan masalah saya ini?”

Isu ini saya kategorikan sebagai “Kes terlebih sayang suami”.

Sebenarnya, ada jalan penyelesaiannya dari segi perundangan. Nak tahu tak macam mana jalan penyelesaiannya jika berhadapan dengan masalah di atas?

Jika anda mengalami situasi di atas apa yang anda patut lakukan adalah:

1. Jika anda telah bercerai, melalui peguam syarie yang dilantik, anda boleh failkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk satu perintah pengesahan harta sepencarian.

Anda hendaklah mengemukakan bukti-bukti di Mahkamah Syariah bahawa rumah tersebut di biayai oleh anda seorang tanpa penglibatan sumbangan daripada suami.

2. Anda juga boleh memohon satu perintah agar bahagian suami yang ada di dalam geran tersebut di pindahmilikkan kepada anda dan satu perintah untuk memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah menandatangani Borang Pindahmilik untuk memindahmilikkan bahagian suami tersebut kepada anda.

3. Sekiranya rumah tersebut telah habis pembiayaan dengan bank, dengan perintah Mahkamah Syariah tersebut mereka boleh terus menandatangani Borang Pindah milik itu untuk memindahmilikkan bahagian suami tersebut kepada anda. Dan borang pindahmilik tersebut bolehlah selepas pembayaran duti stem pindahmilik dibuat, terus didaftarkan di Pejabat Tanah yang berkenaan.

4. Jika rumah tersebut masih belum habis pembiayaan dengan bank, dengan perintah daripada
Mahkamah Syariah tersebut anda boleh memohon daripada bank untuk “meminjam sementara” geran asal untuk membolehkan pindah milik dibuat kepada nama anda.

Dan geran asal tersebut hendaklah dikembalikan semula kepada bank setelah pindah milik kepada nama anda seorang didaftarkan dalam geran tersebut.

5. Kini jadilah rumah tersebut milik anda seorang sahaja. -MYNEWSHUB.CC

Tags: hartaRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd