• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BAM Bakal Lakukan Rombakan Pasukan – Setiausaha Kehormat

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal menyusun semula pasukan dan pemain negara sebagai persediaan untuk kekal menjadi pencabar utama pingat Olimpik 2020 di Tokyo.

Menurut Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai badan induk badminton negara itu sebenarnya telah mengambil keputusan untuk membuat rombakan sebelum berlepas
ke Olimpik Rio lagi.

“Memang dari awal lagi kita cadang buat rombakan selepas Olimpik. Jadi kita akan susun semula pasukan-pasukan kita untuk sasaran empat tahun akan datang supaya kita dapat mengatasi pingat-pingat kita yang dapat kali ini,” katanya kepada pemberita selepas pulang dari Olimpik Rio, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini semalam.

Skuad badminton negara mempamerkan aksi yang memberangsangkan di Rio apabila Datuk Lee Chong Wei meraih pingat perak ketiga peribadinya dalam acara perseorangan lelaki, manakala beregu lelaki Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying melakarkan kejutan dengan meraih perak.

Sebutir lagi pingat perak negara di sumbangkan oleh pasangan Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Heong melalui acara terjun 10m platform seirama wanita manakala Mohd Azizulhasni Awang pula membawa pulang gangsa menerusi acara berbasikal keirin lelaki, yang sekali gus menjadikan Rio sebagai pencapaian terbaik negara di pentas Olimpik.

Mengulas mengenai status jurulatih perseorangan negara yang juga merupakan bekas pemain Indonesia, Hendrawan yang kini membimbing Chong Wei, Chin Chai berkata persatuan itu akan meneruskan khidmatnya sebagai jurulatih perseorangan negara walaupun jika Chong Wei mengambil keputusan untuk bersara sebelum Tokyo 2020.

“Kita akan terus guna Hendrawan kerana kontraknya masih berjalan. Bagaimanapun, kita akan bincang dengan Chong Wei mengenai persiapan untuk Tokyo, sama ada dia masih ingin untuk bermain atau tidak. Selepas itu baharu kita susun semula sama ada Hendrawan akan terus melatih dia (Chong Wei) atau orang lain.

“Chong Wei akan berehat dan kita akan bincang pada masa yang sesuai bersama-sama Hendrawan dan pengarah teknikal Morten Frost. Jika beliau sudi bermain hingga Tokyo, ia sangat baik, umur tidak menjadi faktor asalkan beliau sudi bermain, tidak cedera dan dapat mengekalkan kecergasan,” jelasnya.

Chin Chai berkata BAM yang sedar bahawa sukar untuk mencari pengganti Chong Wei, merancang untuk melahirkan beberapa pemain yang mampu berada di kedudukan 10 teratas ranking dunia supaya Malaysia kekal menjadi pencabar pingat di pentas Olimpik. – BERNAMA

Tags: BAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd