• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aplikasi ‘MySekolah’ Pantau Aktviti Pelajar – Kamalanathan

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aplikasi mudah alih ‘MySekolah,’ bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan berkata untuk permulaan aplikasi itu akan melalui tempoh percubaan di tiga sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok, Kedah; SK Datin Fatimah di Kuala Nerang, Kedah dan SK Precint 14, Putrajaya.

Menurutnya tempoh percubaan itu akan berlangsung tiga bulan di sekolah terlibat untuk melihat keberkesanan dan kesesuaian aplikasi itu sebelum diperluaskan kepada lebih banyak sekolah.

“Aplikasi berkenaan, antara lain akan merekodkan dan memaparkan informasi mengenai kehadiran anak-anak ke sekolah, jadual pembelajaran, keputusan peperiksaan atau aktiviti yang berlangsung di sekolah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Celcom Axiata Berhad, Universiti Utara Malaysia dan Orangetree Production Sdn Bhd, yang bersama-sama membangunkan aplikasi itu bagi memudahkan komunikasi secara langsung antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Sdn Bhd Datuk Seri Shazalli Ramly, Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Orangetree Production Sdn Bhd Datuk Seri Jaspal Singh Korotana.

Kamalanathan berkata kementerian amat mengalu-alukan usahasama itu, selari dengan anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan anjakan kesembilan iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. – BERNAMA

Tags: Sekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hormati Keputusan Penggunaan Istilah Bangsa Johor

Next Post

PM Kanada Benar Polis Wanita Muslimah Berhijab

Related Posts

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Dua Beradik Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

21/03/2025
1

KLUANG: Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara dalam perjalanan ke sekolah, pagi tadi....

Next Post

PM Kanada Benar Polis Wanita Muslimah Berhijab

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd