Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kelantan Bukan Sebuah Republik

KOTA BHARU - PAS mengingatkan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) bahawa Kelantan masih...

Tiada Lagi Tindakan Ke...

IPOH - Tiada tindakan akan diambil terhadap pihak yang ingin menjatuhkan saya sebagai...

50 Bas Bawa Penyokong...

Johor Bahru : Sebanyak 50 buah bas disediakan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak...

Amerika Syarikat Dakwa Bunuh...

WASHINGTON - Pentagon mendakwa pasukan tentera Amerika Syarikat berjaya membunuh seorang pemimpin kumpulan...

Apakah Pendrive Punca FAM Bergegar!

APABILA Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengisytiharkan kemenangan dalam isu pertelingkahan dengan FAM, ia menarik untuk diberikan perhatian.

Ini bukan penyataan bongkak! Ini kenyataan strategik TMJ, apabila percaturan sudah menuju checkmate!

Mengapa checkmate?

FAM terkenal sebagai dinaosaur. Sikap tidak mempedulikan komen luar sama ada media massa atau veteran sukan, satu keperibadian lama FAM.

Malah, DNA FAM sudah diketahui ramai: FAM tidak lagi dikritik bukan kerana ia sempurna. Tetapi orang sudah meluat untuk menegur dinasaur tua.

Bagi peminat bolasepak terutama Ultra Malaya – FAM tidak lagi wujud. Yang wujud hanya Harimau Malaysia!

Pendrive atau pen pemacu yang dibekalkan ‘orang dalam FAM’ kata TMJ, mengandungi banyak rahsia yang mendedahkan pelbagai ketirisan dalam FAM.

Melihat suasana goyang dan gabra FAM dalam menangani isu mutakhir ini, walaupun Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Abdullah berusaha menyampaikan maklum balas sebaliknya, peminat mula menghidu sesuatu yang tidak kena.

Persoalan sekarang: Apa ada dalam pendrive itu?

Kalau benar FAM bergegar dan Mesyuarat Exco 15 Ogos nanti ada perletakan jawatan Presiden dan semua exco, pasti ada yang tidak kena. TMJ pasti dilihat sebagai pemilik pistol yang siap menghala muncung dan sudah bersedia meledak picunya!

Orang tidak akan terkedu dan kelam-kabut melarikan diri, kalau bukan kerana ‘ketakutan atau diburu dosa’.

Apakah benar, dakwaan awal yang pendrive tersebut memiliki dokumen penyelewengan dan rasuah? Isu penyelewengan pendapatan tiket jualan perlawanan dalam Liga Malaysia.


Kalaulah benar! Alangkah sedihnya. FAM nampaknya bukan setakat dinosaur – tetapi macam sarang penyamunlah pula!

Kita berharap penjelasan panjang lebar dibuat oleh FAM pada 15 Ogos. Jangan lari begitu sahaja. Letak jawatan bukan budaya FAM!

Kepada TMJ, kita harap kalau benar ada bukti rasuah dan penyelewengan, ia tidak dijadikan senjata dalam memaksa Exco sedia ada berundur.

Kena bawa ke pihak berkuasa: Penjenayah harus diseret ke mahkamah. Kalau bersalah tempatnya di penjara!

Kita tunggu penjelasan FAM. Biar adil. Walaupun kita sudah curiga!

Kabut syak wasangka mesti dicerahkan. Kekeliruan mesti diperjelaskan. Paling tidak kalau semuanya sudah bersih, barulah kita peminat tidak berasa terpalit najis, tiap kali bercakap soal bola sepak negara!

Peminat mahukan penjelasan! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori