Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anonymous Malaysia Ancam Bom...

TERTUMPAS sudah tiga individu yang dikenali sebagai Anonymous Malaysia yang dipercayai terbabit dalam memuat...

Swasta, GLC Bertafakur Untuk...

KUALA LUMPUR - SIRIM Berhad (SIRIM) antara organisasi yang menyertai Hari Berkabung Negara...

Polis Tahan 7 Suspek,...

JOHOR BAHRU - Polis menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita warga Vietnam dan...

24,316 Kes Baru Covid-19,...

Kes Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 4,079,242 dengan pertambahan 24,316 kes...

Anak Malaysia Menang Dota 2, Raih Wang Tunai RM5.6 Juta

KUALA LUMPUR – Sekumpulan atlit sukan elektronik (e-sport) dari Malaysia mencatat sejarah apabila memenangi pertandingan video game popular Dota 2 sekaligus meraih hadiah wang tunai USD1.4 juta (RM5.6 juta).

Meskipun tampil sebagai kumpulan ‘underdogs’ namun anak muda berusia antara 20 hingga 25 tahun yang menggelarkan diri mereka Fnatic, berjaya menduduki tempat keempat The International Dota 2 yang berlangsung di Seattle, Amerika Syarikat selepas mengalahkan beberapa kumpulan terkemuka lain dari Eropah dan Asia.

Anak Malaysia Menang Dota 2, Raih Wang Tunai RM5.6 Juta
Fnatic meninggalkan pentas The International Dota 2 tahun ini dengan bergaya selepas mencatat sejarah baharu meskipun tidak berjaya meneruskan laluan ke tiga tempat teratas.

Fnatic dianggotai Yeik Nai Zheng (MidOne), Adam Erwann Shah (343), Chong Xin Khoo (Ohaiyo) dan Chai Yee Fung (Mushi) dari Malaysia. Hanya pemain kelima, Djardel Jicko Mampusti (DJ), 21, merupakan pemain profesional Dota 2 dari Filipina.

Fnatic menduduki tempat keempat selepas dikalahkan Digital Chaos dari Amerika Utara.

Kapten Fnatic, Chai Yee Fung memohon maaf atas kekalahan pasukan mereka untuk terus mara sebagai juara. Begitu pun, pasukannya tetap menerima imbuhan lumayan RM5.2 juta yang merupakan nilai wang tertinggi pernah dimenangi pasukan dari Asia Tenggara sejak The International Dota 2 diperkenalkan pada 2011.

Anak Malaysia Menang Dota 2, Raih Wang Tunai RM5.6 Juta
Chai Yee Fung aka Mushi.

Chai yang turut mendapat jolokan ‘Lee Chong Wei Dota 2’ merupakan idola ramai pemain Dota 2 dan pada tahun ini sahaja, pasukannya sudahpun memungut RM1.9 juta untuk imbuhan kemenangan mereka.

Kali terakhir pasukan dari Malaysia mencatat kemenangan dalam Dota 2 adalah menduduki tempat ketiga pada 2013 menerusi kumpulan Orange Esports yang turut dianggotai Chai, dengan hadiah kemenangan bernilai RM1.15 juta.


Dota 2 adalah permainan video online yang menampilkan dua pasukan yang masing-masing dibarisi lima pemain, bertarung untuk memusnahkan struktur pertahanan lawan yang digelar ‘Ancient’ dan pada masa sama perlu mempertahankan ‘Ancient’ sendiri.

Bagi pertandingan Dota 2 peringkat antarabangsa tahun ini, sejumlah USD21 juta (RM84.4 juta) diperuntukkan sebagai hadiah kemenangan. Pertandingan diadakan di hadapan penonton di KeyArena, Seattle dan dipancarkan secara langsung untuk tontonan jutaan peminat Dota 2 seluruh dunia.

Untuk rekod, pertandingan Badminton Super Series Masters Finals menawarkan hadiah wang tunai RM2 juta sahaja manakala keseluruhan imbuhan untuk Le Tour de France tahun ini ialah RM10.3 juta. WOW, betapa jauh bezanya dengan RM84.4 juta bukan..???? – MYNEWSHUB.CC

Sumber: New Straits Times Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori