Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

7 Sungai Di Lembah...

PETALING JAYA – Tujuh sungai di Lembah Klang dan Selangor dilaporkan telah melepasi...

9,696 Calon SPM 2021...

PUTRAJAYA: Seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred...

WIPKL: Tingkat Kepimpinan Wanita...

KUALA LUMPUR - Persidangan antarabangsa Wanita dalam Politik 2017 (WIPKL) yang bermula esok,...

Anwar Bertanding Di Parlimen...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di...

PS5 Sony Akan Dilancarkan November Ini

SAN FRANCISCO – PlayStation 5 (PS5) Sony yang dinanti-nantikan ‘penggemar permainan video’ akan dilancarkan pada November ini.

Ia sekali gus dijangka memberi saingan kepada konsol Xbox sebagai permainan permainan video berkembang pesat ketika tempoh penularan COVID-19.

Ketua Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan berkata, PS5 baharu ini ditawarkan dalam dua versi dan akan dilancarkan pada 12 November di Australia, Amerika Utara, New Zealand, Mexico, Jepun, Korea Selatan serta ke seluruh dunia seminggu kemudian.

Katanya, harga premium PS5 adalah AS$500 (RM2,067.25), sementara ‘edisi digital’ yang direka untuk trend permainan yang dimuat turun dari ‘cloud’ berharga $400 (RM1,653.80).

“Dengan PS5, kami membuat lonjakan signifikan bagi memberikan pengalaman bermain sebenar transformasi generasi baharu yang akan menentukan semula jangkaan permainan yang akan dicetuskan kelak,” katanya, semalam.

Sony hanya mendedahkan sedikit konsol PS5 dan memberikan pandangan sekilas dengan sebahagiannya tidak ditunjukkan.

Model PS5 sepenuhnya mempunyai slot untuk pemacu permainan atau video, sementara model digital tiada ciri itu kerana boleh dimuat turun melalui internet atau dimainkan menerusi capaian cloud.


“Sejak pertama kali mengumumkan konsol generasi berikutnya tahun lalu, kami mendapat sokongan luar biasa dari syarikat pembangun dan peminat permainan di seluruh dunia, ini sangat mengujakan.

“Kami tidak sabar untuk peminat merasakan sendiri kepantasan luar biasa, ‘immersion’ lebih tinggi dan permainan yang menakjubkan di PS5 ketika kami melancarkan November ini,” katanya.

Microsoft minggu lalu mengumumkan konsol permainan Xbox generasi akan datang akan dilancarkan pada 10 November dengan anggaran harga permulaan sama dengan PS5.

XBox Series X baru, konsol utama Microsoft yang bersaing dengan peranti PlayStation Sony, akan tersedia untuk pra-tempahan bermula 22 September.

Microsoft akan menjual konsol permainan Xbox S yang bersaiz nipis pada harga AS$299 (RM1,236.22) juga pada November. – Agensi

Kategori