Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan pengasingan pencalonan filem yang menggunakan `bahasa rojak’ dalam Festival Filem Malaysia 2016 (FFM) merupakan satu pendekatan Aparthied.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil mendakwa, filem-filem itu sepatutnya dinilai sepenuhnya di atas merit kesenian, bukan mengambil kira sama ada ia menggunakan sepenuhnya bahasa rasmi Malaysia iaitu Bahasa Melayu.

“Saya mengikuti perkembangan isu filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan dan Jagat arahan Shanjey Kumar Perumal tidak dimasukkan dalam kategori filem terbaik Bahasa Malaysia dalam FFM 2016.

“Keengganan FFM menerima kedua-dua filem ini bagi kategori Filem Terbaik Bahasa Malaysia menimbulkan persoalan sama ada kriteria yang digunakan untuk menentukan kategori filem yang bertanding adalah bersikap diskriminasi,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) baru-baru ini bagaimanapun menegaskan pengenalan kategori Filem Bahasa Malaysia dan Filem Bukan Bahasa Malaysia dalam Festival Filem Malaysia 2016 (FFM) bukan satu diskrimansi.

Ketua Pegawai Eksekufif PFM, Pansha Nalliah dipetik berkata, langkah tersebut merupakan mekanisme yang praktikal dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan dalam filem tempatan pada masa kini dan akan datang.

“Demi memartabatkan bahasa kebangsaan dalam filem tempatan pada masa kini dan akan datang, kategori Filem Terbaik FFM Ke-28 dikenakan syarat penggunaan 70 peratus Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan.

“Bagi lain-lain bahasa diambil kira dalam kategori Filem Terbaik FFM Ke-28 (Bukan Bahasa Malaysia). Secara langsungnya kategori itu akan melibatkan kategori Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...