• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliff Syukri Tak Kisah Iklan Gedik Jadi Ikutan

oleh AK-47
17/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN aksi ‘gedik menggelenyar’nya sering mengundang kritikan orang ramai, namun strategi pengiklanan Pengasas produk D’Herbs, Datuk Aliff Syukri nampaknya sangat efektif.

Ini kerana kaedah beliau itu kini menjadi ikutan kepada produk-produk lain yang baru mahu mencari tempat dalam pasaran.

Mengambil contoh iklan produk ‘Jus Khazanah Megah Perawan’ lakonan seorang wanita bernama Kak Mawar atau produk jamu ‘Ketat Mencengkam’ yang menampilkan Liana Rosli, kedua-dua iklan itu menggunakan pendekatan gedik ke arah sexual innuendo atau unsur seksual sebagai daya penarik untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Persoalannya, apakah Aliff Syukri berasa terkesan dengan trend yang dicetuskan olehnya?

Mynewshub telah menemubual Raja Kosmetik itu sendiri untuk mendapatkan pendapat beliau tentang isu ledakan iklan ‘geli-geli’ dalam industri kecantikan tanah air hari ini.

“Setiap syarikat mempunyai satu imej yang berbeza. Mungkin ramai yang meniru kuasa pengiklanan saya tetapi apa yang saya buat ini (seakan-akan menjadi) pioneer (perintis),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu Jeng, Jeng, Jeng, nyanyian Yubi Band yang juga merupakan runut bunyi filem animasi terbaru Upin & Ipin, di Subang Parade, semalam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim atau Norman KRU.

Aliff Syukri Tak Kisah Iklan Gedik Jadi Ikutan
 Aliff Syukri (tengah) bersama Burhanuddin Mohd Radzi (kiri) dan Norman KRU (kanan) semasa pelancaran OST Upin & Ipin, Jeng,Jeng, Jeng. – Foto Fisha Hanudin/Mynewshub.cc

Tambah Aliff Syukri, dia berpendapat jika strategi pengiklanannya itu mencetuskan ilham kepada pemilik produk lain dan mereka juga ingin melakukan strategi yang sama, beliau tidak merasakan itu satu isu yang besar.

“Saya tak kisah sangat. Siapa nak tiru, saya tak halang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aliff Syukri bakal menyerikan industri perfileman pula setelah dipilih untuk menjadi peneraju utama filem Badang Superb arahan Profesor Datuk A. Razak Mohaideen.

Selain itu, beliau juga bakal mengeluarkan produk baru khas buat kanak-kanak dan peminat Upin & Ipin dengan siri Jus Pintar dan syampu kanak-kanak Jeng, Jeng, Jeng. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Aliff SyukriiklanUpin & Ipin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kelantan Larang Main Pokemon GO Di Semua Premisnya

Next Post

PTPTN Serah Waran TPP RM31.61j Kepada 21,074 Pelajar

Related Posts

TikTok Larang Iklan Politik

TikTok Larang Iklan Politik

01/03/2023
0

PETALING JAYA: TikTok Malaysia tidak lagi membenarkan sebarang bentuk kandungan berbayar yang mempromosikan berkaitan politik dalam platform media sosial berkenaan....

Iklan Tular Keahlian Persatuan Bekas Polis Malaysia Palsu

Iklan Tular Keahlian Persatuan Bekas Polis Malaysia Palsu

21/07/2022
0

Kuala Lumpur : Polis mengesan iklan tawaran palsu keahlian dan penggunaan lambang Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang menawarkan pelbagai...

Next Post

PTPTN Serah Waran TPP RM31.61j Kepada 21,074 Pelajar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd