• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Quran Terselamat Daripada Dijilat Api

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jerantut – Seorang mangsa kebakaran di Kampung Batu 1, dekat sini, semalam, terkejut apabila mendapati hanya al-Quran miliknya saja yang terselamat daripada dijilat api.

Dalam kejadian pada jam 6 pagi, tiga unit rumah sewa dan rumah milik lelaki itu hangus terbakar mengakibatkan dia kerugian kira-kira RM80,000.

Menceritakan kejadian itu, Roslan Deris, 44, berkata, dia memasak makanan untuk persiapan menjual di kedainya yang terletak tidak jauh dari rumanya.

“Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan rumah terbakar dari belakang kedai lalu segera keluar dan mendapati api marak bermula dari salah sebuah rumah jiran.

“Saya mengambil alat pemadam kebakaran dan memadamkan api supaya tidak merebak, namun gagal kerana asap tebal dan menyesakkan nafas,” katanya.

Menurut Roslan, dia menjerit supaya kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun di rumah bersebelahan keluar menyelamatkan diri dan mangsa dibawa keluar ibu bapa masing-masing.

Dia berkata, anggota bomba yang tiba sejurus kebakaran berjaya mengawal dan memadamkan api daripada merebak ke tempat lain.

Roslan berkata, kediamannya hangus manakala tiga rumah lagi yang juga milik keluarganya yang disewa kepada penduduk di situ musnah.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia menjumpai senaskhah al-Quran yang masih elok dan cuma terbakar di bahagian tepi muka surat ketika menyelongkar timbunan abu di lokasi kejadian.

“Saya kini sehelai sepinggang dan mujur ketika kejadian ini, empat anak tinggal di asrama sekolah manakala isteri di Kuala Lumpur.

“Saya kini menumpang di rumah saudara buat sementara waktu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris menyampaikan sumbangan kecemasan bernilai RM4,000 dan bantuan makanan dan pakaian terpakai kepada empat keluarga mangsa. – myMetro Online

Tags: Al-Qurankebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwanya menyunting dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd