Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

DAP Bapa Rasis, Buktinya...

KUALA LUMPUR - DAP terus dikecam hebat oleh peserta Himpunan 'Baju Merah' apabila...

Cukai Naik, Harga Rokok...

SINGAPURA - Penduduk sekitar Johor di negara jirannya, Malaysia bakal menyaksikan kebanjiran ramai...

Persatuan Belia Islam Nasional...

KUALA LUMPUR - Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) Universiti Malaya (UM) menyifatkan sekumpulan...

Wanita AS Kena Jel...

DENVER - Seorang wanita di Colorado, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman 100 tahun penjara...

AirAsia, AirAsia X Tawar Tambang 59 Sen Sehala

KUALA LUMPUR – AirAsia dan AirAsia X kini menawarkan tambang promosi istimewa daripada serendah 59 sen sehala ke pelbagai destinasinya, menerusi tempahan dalam talian mulai Isnin hingga 28 Ogos, 2016.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata promosi itu adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-59.

“Tambang asas tidak termasuk cukai dan fi hanya daripada 59 sen sehala itu adalah bagi destinasi dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Siem Reap, Ho Chi Minh City dan lain-lain.

“Tambang promosi ke semua destinasi dalam rangkaian perkhidmatan AirAsia dan AirAsia X seperti Macao, Lombok, Kolkata, Tehran, Osaka, Shanghai dan tempat lain yang menarik, turut ditawarkan dalam tempoh promosi berkenaan,” kata syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Syarikat penerbangan itu berkata tambang promosi ini tersedia untuk tempoh seminggu di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia, dengan penumpang boleh terus terbang, selain menikmati tempoh perjalanan yang lebih lama dari 23 Ogos, 2016 hingga 9 Mac, 2017. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori