Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Ayda Jebat, Nabil Bertunang...

KUALA LUMPUR - Selepas menjalin hubungan rapat kira-kira setahun, Nabil Mahir dan Ayda...

Liverpool Terlepas Dua Legenda...

PETER Schmeichel dan Eric Cantona menjadi jaguh Manchester United tetapi sepatutnya mudah untuk...

Pegawai Kanan TLDM Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dihadapkan ke...

Mahkamah The Hague Putuskan...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda, hari ini akan membuat keputusan...

Media Perlu Bekerjasama Papar Islam Sebenar – TPM

CYBERJAYA – Pertubuhan-pertubuhan media di Malaysia harus bekerjasama dalam memberi gambaran sebenar mengenai Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata saluran berunsur Islam perlu bersaing secara sihat dalam meneroka pasaran kandungan Islam yang besar, sekali gus menyampaikan makna Islam sebenar iaitu kesejahteraan dan kedamaian dan bukannya keganasan.

“Kaedah persembahan, kandungan dan pendekatan kepada kumpulan sasaran hendaklah bukan hanya menjurus kepada orang Islam tetapi juga bukan Islam, bukan bertujuan untuk mereka masuk Islam tetapi memberikan gambaran Islam yang sebenarnya.

“Kita mahu Islam dihormati dengan makna sebenarnya dan pada waktu yang sama kita juga harus menghormati agama lain sebagaimana agama lain menghormati kita kerana sifat keharmonian ini yang mahu diwujudkan oleh Islam,” katanya kepada Bernama semasa Jamuan Aidilfitri TV AlHijrah.

Media Perlu Bekerjasama Papar Islam Sebenar - TPM

Media Perlu Bekerjasama Papar Islam Sebenar - TPM

Pada majlis yang dihadiri 1,000 tetamu itu, Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut melawat pameran eksklusif Artifak Rasulullah dan Sahabat yang mempamerkan lebih 20 barangan bersejarah.

Baca: Darah Bekam Rasulullah Dipamerkan Di ABS Studio

Sementara itu, Ahmad Zahid mencabar TV AlHijrah supaya jangan terlalu bergantung kepada geran kerajaan dan menghasilkan pendapatan sendiri.


Memberi contoh Kumpulan Media Prima dan Astro, beliau berkata TV AlHijrah mampu berdiri sendiri melalui sokongan dan tajaan daripada pengiklan mengikut profil pasaran penontonnya.

Untuk itu, katanya, beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Pengurusan dan Pembangunan Industri Halal akan berbincang dengan Perdana Menteri Najib Razak sebelum pembentangan Belanjawan 2017 supaya syarikat yang mendapat pensijilan halal diberikan insentif pengecualian cukai apabila mengiklankan produk atau menaja program TV AlHijrah.

“Mereka (TV AlHijrah) baharu sahaja bertatih selama enam tahun, selama ini mereka diberikan tongkat (geran) dan kini saya mahu mereka berlari sebagai organisasi media yang mencakup penonton lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata Islam pada hari ini berdepan dengan perang persepsi dan ideologi yang boleh ditangani melalui peranan media.

“Media perlu mengambil tanggungjawab untuk memaparkan Islam yang sebenar supaya isu ekstremis radikal dan golongan yang menjenamakan Islam tetapi langsung tidak menggambarkan Islam sebenar, dapat ditangani,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori