• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli UMNO Berpihak Kepada Mukhriz Boleh Keluar Parti

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Ahli UMNO yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh keluar daripada parti itu kerana hanya merosakkan perpaduan dalam parti, ibarat gunting dalam lipatan.

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata sekiranya anggota terbabit kekal dalam UMNO, ia hanya menyebabkan pecah belah dalam kalangan anggota lain yang taat pada perjuangan parti.

“Sebelum ini ramai yang keluar UMNO apabila menyokong kepimpinan UMNO yang keluar parti dengan menubuhkan parti baharu seperti Semangat 46 dan PKR tetapi akhirnya mereka kembali kepada UMNO.

“UMNO merupakan sebuah parti yang kukuh dan sebagai anggota UMNO kita akan pertahankan kepimpinan kita yang bersilih ganti bagi memastikan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu terus utuh pada masa depan,” katanya selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, di sini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata UMNO tidak menghalang
anggotanya keluar parti disebabkan rasa simpati terhadap Mukhriz dengan menyokong parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Johari berkata ini kerana sekiranya anggota parti yang menyokong Mukhriz dihalang daripada keluar parti berkemungkinan mereka ini akan menjadi duri dalam daging yang mana mereka akan menyalurkan pelbagai maklumat sulit berkaitan UMNO.

Beliau berkata UMNO tidak mahu mereka terbabit menjadi ejen kepada parti lain yang akan merosak dan memporak-perandakan keharmonian sesama anggota dan kepimpinan parti.

Katanya krisis yang berlaku dalam parti itu tidak mematahkan semangat perjuangan anggota parti yang ditunjangi Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita mesti patuh kepada pemimpin yang dilantik… sama seperti kita mempertahankan Tun Mahathir suatu ketika dahulu ketika UMNO dilanda krisis besar sehingga beliau (Tun M) menjadi Perdana Menteri selama 30 tahun,” katanya.

Ujarnya anggota UMNO boleh melupakan pemimpin yang lepas (Mukhriz) dan memberi fokus dalam mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Tags: Mukhriz MahathirUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd