• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

600 Penoreh Getah Kedah Dapat Manfaat Bantuan AET Risda

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIK – Seramai 600 penoreh getah di Kedah mendapat manfaat daripada program bantuan laman kebun menerusi Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) yang diperkenalkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan negeri Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata RISDA memperuntukkan sejumlah RM600,000 bagi membekalkan peralatan dan benih untuk penoreh getah memulakan tanaman sampingan di halaman rumah dalam usaha menjana pendapatan.

Katanya tanaman tersebut termasuk cili besar, rock melon dan sayur kailan yang boleh dituai dalam tempoh kurang setahun.

“Usaha ini diharap dapat membantu peserta menambahkan hasil pendapatan, sekurang-kurangnya RM80 sebulan, terutama dalam situasi kejatuhan harga getah dunia ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kasihi Pekebun dan Penyerahan Pakej Bantuan Laman Kebun Peringkat RISDA Daerah Sik di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah RISDA Negeri Kedah, Ahmad Bahari.

Mohd Tajuddin berkata langkah diambil RISDA itu wajar dipuji dan beliau berharap supaya peserta komited dalam mengusahakan tanaman tersebut.

Sementara itu, seorang peserta, Rozaini Zabidi, 31, dari Kampung Kuala Jeneri di sini berkata beliau bersemangat untuk menghijaukan kawasan halaman rumahnya dengan tanaman berkenaan.

“Di kawasan rumah memang ada sedikit sayuran yang ditanam untuk kegunaan sendiri, masih ada banyak kawasan lapang yang boleh digunakan, tambahan sistem ini tidak memerlukan elektrik dan penjagaannya tidak begitu rumit,” katanya. – BERNAMA

Tags: getahPekebun KecilRisda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

Peruntukan RM676.4 Juta Untuk Pekebun Kecil

02/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 menyaksikan peruntukan sebanyak RM676.4 juta disalurkan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (RISDA). Ikuti...

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

Risda Laksana Pemutihan Data Pekebun Kecil

22/02/2023
0

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) sedang giat melaksanakan pemutihan data pekebun kecil pada tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd