• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

51 Pemandu Guna Lorong Kecemasan Didenda RM75,100

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seramai 51 daripada 56 pemandu yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di KM222, Lebuhraya Utara Selatan pada Mei lepas telah didapati bersalah dan dikenakan denda berjumlah RM75,100 oleh mahkamah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka Mohd Fadhil Hassan berkata kesemua mereka dikenakan denda hingga RM2,000 dalam pendakwaan serta perbicaraan pada 18 Julai, 27 Julai, 1 Ogos dan 8 Ogos lepas di Mahkamah Majistret Alor Gajah dekat sini.

Beliau berkata seramai 20 orang didakwa pada hari perbicaraan pertama iaitu 18 Julai, 27 Julai (19 orang), 1 Ogos (seorang) dan 8 Ogos (11 orang) di mahkamah tersebut.

“Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap lima lagi pemandu yang gagal hadir ke mahkamah pada hari ditetapkan iaitu tiga orang pada hari perbicaraan pertama dan dua orang pada perbicaraan kedua,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan watikah pelantikan Kadet JPJ peringkat negeri Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek, Ayer Molek di sini.

Mohd Fadhil berkata seramai 22 lagi pemandu yang melakukan kesalahan sama akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah dalam masa terdekat.

Sementara itu, katanya JPJ Melaka telah mengeluarkan tujuh saman terhadap empat pemandu bas ekspres dan tiga pemadu lori kerana memandu secara berterusan di lorong kanan di mengikut Kaedah 53 di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pada ‘Op Laju’ yang dilancarkan pada 3 Ogos lepas.

“Mereka yang memandu di lorong kanan secara berterusan boleh dikenakan kompaun RM300 atau dikenakan denda oleh mahkamah maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan watikah pelantikan Kadet JPJ Melaka kepada SMK Bukit Katil, SMK Ayer Keroh, SMK Seri Bemban, SMK Datuk Bendahara, SMK Dang Hanum, SMK Durian Tunggal dan SMK Tebong.

Katanya SMK Ayer Molek merupakan sekolah perintis bagi penubuhan Kadet JPJ di negeri itu dan 45 pelajar telah menyertai sejak ia ditubuhkan pada tahun lepas.

“Kita telah memulakan latihan kawad pada Januari tahun ini selain program lain seperti perkhemahan, ceramah motivasi dan program kesedaran keselamatan jalan raya. Kadet JPJ bertujuan membentuk disiplin pelajar menjadi pemandu berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJlorongsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd