Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Arak Timah: “Adakah Kena...

KUALA LUMPUR - Isu jenama produk yang mudah disalah tafsir perlu diperjelaskan agar...

Brazil Perkenalkan Pingat Sukan...

KUALA LUMPUR - Berbaki 52 hari sebelum atlet terbaik dunia bersaing merebut kegemilangan...

Serasi Bersama, Ezad Lazim...

PELANTUN lagu Demi Cinta, Ezad Lazim yang merasa selesa dan serasi dengan Siti...

PKR Bimbang Perpecahan Parti...

KOTA KINABALU - Anggota PKR diingatkan supaya tidak berpuak-puak dalam pemilihan parti Ogos...

15 Kenderaan Halang Trafik Leka Pokemon Go Disaman

GEORGE TOWN – Polis mengeluarkan 15 saman kepada pengguna jalan raya yang meletak kenderaan sehingga menghalang lalu lintas hanya untuk bermain Pokemon Go di sekitar kawasan Lebuh Acheh dan Lebuh Cannon, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan itu selepas menerima laporan daripada penduduk di situ berhubung kehadiran orang ramai sehingga menganggu ketenteraman mereka.

“Penduduk di kawasan itu mendakwa orang ramai mula berkumpul dan membuat bising di sekitar kawasan perumahan mereka sehingga mencetuskan rasa kurang senang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis yang menjalankan pemeriksaan dari pukul 10 malam hingga 12 tengah malam mendapati pemilik kenderaan sedang leka bermain Pokemon Go dan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati sehingga menghalang lalu lintas di kawasan itu.

Mior Faridalatrash berkata tiada sebarang kesalahan untuk orang ramai bermain Pokemon Go tetapi mereka sepatutnya tidak mengganggu ketenteraman orang lain sehingga membuat bising.

Sarama Abdullah, 50-an, yang mewakili penduduk di kawasan itu membuat laporan polis, berkata mereka terpaksa membuat laporan polis selepas tidak tahan lagi dengan sikap pemain Pokemon Go yang mengganggu ketenteraman mereka dengan berkumpul di halaman rumah.


“Setiap hari bermula pukul 8 malam hingga 5 pagi mereka akan berkumpul di kawasan rumah kami untuk bermain permainan itu.

“Mereka juga membuat bising dan meletakkan kenderaan sesuka hati termasuk di hadapan pintu masuk halaman rumah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori