• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wow! Pasangan Pengantin Hadiahkan Tetamu Apartmen

oleh AK-47
21/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBIASAANNYA dalam sebuah majlis meraikan sepasang mempelai yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga. Tetamu akan hadir dengan pelbagai hadiah untuk diberikan kepada pasangan terbabit.

Namun berbeza pula dengan pasangan dari Indonesia ini iaitu Sylvie Yuliati Lesmana dan Septian Suryawirawan yang tampil sebaliknya apabila menghadiahkan sebuah apartmen dan pelbagai barangan mewah kepada tetamu yang hadir pada majlis Ahad lalu.

Wow! Pasangan Pengantin Hadiahkan Tetamu Apartmen

Antara barangan mewah yang disediakan ialah telefon pintar, tablet, iPad dan baucar penginapan di sebuah hotel lima bintang di Surabaya.

Majlis itu diadakan secara gilang-gemilang di Gedung Imperial Ballroom Pakuwon Golf & Family Club, Vila Bukit Regensi Pakuwon Indah, Surabaya.

Ianya dihadiri oleh kira-kira 520 tetamu terdiri daripada rakan baik pasangan berkenaan, ahli keluarga dan selebriti terkenal Indonesia.

Menurut Septian, satu acara cabutan diadakan sebagai acara simbolik untuk menyampaikan hadiah bertuah tersebut dan sebagai tanda terima kasih mereka kepada tetamu yang hadir.

“Saya membeli sebuah apartmen di Jalan Mayjen Sungkono untuk dijadikan hadiah kepada tetamu. Kami mahu berkongsi kebahagiaan dengan mereka,” katanya.

Pemenang bagi hadiah utama pada malam itu ialah rakan Septian iaitu Poltak Tobing dari Jakarta. Dia tidak menyangka akan memenagi hadiah yang menjadi ‘kegilaan’ tetamu yang hadir pada majlis itu.

Jelas Poltak, dia hampir-hampir membatalkan niatnya untuk menghadiri majlis itu kerana terlepas penerbangan dari Jakarta ke Surabaya.

“Nasib baik isteri saya menyuruh saya menaiki penerbangan seterusnya untuk hadir ke majlis itu,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiapengantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd