Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Pasukan Pengaman Malaysia Di...

KUALA LUMPUR - Pasukan pengaman Malaysia dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Usah Persoal Tanggungjawab Menangkan...

SEPANG - Setiap anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahu tanggungjawab masing-masing untuk memenangkan...

‘Hak Imigresen’ Melarang Individu...

KUCHING: Bukan urusan politik. Ia adalah demi kemakmuran dan keamanan negeri Sarawak. Itu penegasan...

Konsep Hantar Utusan Khas...

KUALA LUMPUR – Konsep menghantar utusan khas ke luar negara bukan sesuatu yang...

Video: Sayu, Hafiz Cilik Nangis Ketika Baca Al-Quran Sebab..

SEBUAH video memaparkan seorang hafiz cilik sedang membaca Al-Quran di hadapan beberapa juri kini tersebar menjadi viral di media sosial Indonesia.

Video tersebut mencetuskan rasa terharu dan keinsafan orang ramai khususnya umat Islam apabila melihat perilaku kanak-kanak lelaki tersebut yang menangis tatkala membaca al-Quran.

Kanak-kanak tersebut pada awalnya lancar membaca Surah Al-Jumuah, namun tiba-tiba memperlahankan suaranya pada ayat 8 dan menangis teresak-esak.

Bagaimanapun kanak-kanak itu menangis bukan kerana tidak menghafaz ayat seterusnya, tetapi kerana memahami makna ayat ke-8 Surat Al-Jumuah tersebut.


Ayat ke-8 Surah Al-Jumuah berkisarkan tentang kematian, iaitu semua yang hidup akan dikembalikan kepada Allah. Berikut ertinya:

“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori