• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dihimpit Kontroversi.. Datuk Red Nyanyi Lagu ‘Madu 3’

oleh AK-47
26/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI.. bertambah hairan campur pelik pula melihat perangai suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Dikala dirinya dihimpit dengan kontroversi panas gara-gara video mesranya bersama pelakon baharu Ruhaianies tersebar, ahli perniagaan ini masih lagi boleh bertenang dan bergembira.

Malah, Datuk Red langsung tidak berselindung kepada media, sebaliknya tidak henti-henti tampil dengan pelbagai kenyataan hinggakan namanya menjadi trending di laman sosial sejak hujung minggu lalu.

Apa yang lebih mengejutkan ramai, Datuk Red sempat memuat naik video menyanyikan lagu ‘Madu Tiga’ di laman Instagram iaitu sehari selepas video mesranya bersama Ruhaianies menjadi viral.

Lirik lagu Madu Tiga yang mempunyai bait-bait: “Isteri tua merajuk.. Balik ke rumah isteri muda.. Kalau dua-dua merajuk..Ana kawin tiga! Mesti pandai pembohong.. Mesti pandai temberang.. Oh tetapi jangan sampai.. Hai pecah tembelang!” ternyata membuat netizen ‘kepanasan’ apabila Datuk Red menyanyi.

Rata-rata netizen menyelar dan mengkritik tindakan Datuk Red menyanyikan lagu itu kerana merasakan perbuatan itu boleh melukakan hati kedua-dua isterinya, iaitu Datin Red dan Adira.

Video: Dihimpit Kontroversi.. Datuk Red Nyanyi Lagu 'Madu Tiga'

Video: Dihimpit Kontroversi.. Datuk Red Nyanyi Lagu 'Madu Tiga'

Apa pun, hanya isteri-isteri Datuk Red sahajalah yang memahami perasaan mereka apabila mendengar suami mereka menyanyikan lagu itu.

Pada Jumaat, sebuah video menyaksikan Datuk Red berpelukan bersama Ruhainies tersebar di sebuah pusat beli-belah tersebar menjadi viral.

Datuk Red dalam satu kenyataan mengakui menyukai heroin Hello, Mr Perfect! itu dan bersedia menjadikannya isteri kedua seandainya ada jodoh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AdiraDatuk Redruhainies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

Kemasukan Murid Ke Sekolah Rendah Tahun Ini Capai 99 Peratus – Fadhlina

A Aida ‘Blacklist’ Ruhainies Untuk Produksinya

12/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Penerbit terkenal, Datuk A Aida mendedahkan dia sudahpun 'blacklist' (senarai hitam) pelakon Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd