• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usia 72 Tahun, Tak Halang Mick Jagger Bergelar Bapa

oleh AK-47
17/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN sudah menjangkau usia 72 tahun, vokalis kumpulan rock legenda, The Rolling Stones sekali lagi bakal bergelar bapa.

Menurut sebuah portal hiburan antarabangsa, Mick Jagger akan menimang cahaya mata kelapan menerusi perkongsian hidup dengan kekasihnya yang juga seorang penari balet iaitu Melanie Hamrick, 29.

Usia 72 Tahun, Tak Halang Mick Jagger Bergelar Bapa
Mick Jagger dan kekasihnya, Melanie Hamrick.

Sumber terdekat Jagger mengesahkan berita tersebut melalui sebuah saluran berita pada Khamis lalu.

“Ini merupakan berita baik, cahaya mata ini merupakan anak kelapan Mick dan ianya sedikit pun tidak mengganggunya malah Mick sangat bertanggung jawab,” kata sumber itu kepada portal The Sun.

Jagger sebelum ini dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu empat perempuan: Karis, Jade, Elizabeth dan Georgia; serta tiga lagi lelaki iaitu James, Gabriel dan Lucas hasil hubungan dengan empat wanita berbeza.

Usia 72 Tahun, Tak Halang Mick Jagger Bergelar Bapa
Ronnie Wood bersama isterinya, Sally dan sepasang bayi kembar perempuan mereka.

Penyanyi yang popular dengan lagu Just Another Night ini turut mempunyai lima orang cucu dan seorang cicit.

Sebelum ini, rakan baik Jagger iaitu Ronnie Wood turut bergelar bapa pada usia 69 tahun hasil perkongsian dengan Sally Wood dikurniakan sepasang bayi kembar perempuan. – MYEWSHUB.CC

Tags: Mick JaggerRockRolling Stones
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dokumen Epstein: Bill Clinton, Michael Jackson, Diana Ross, Mick Jagger Antara Nama Dikaitkan

Dokumen Epstein: Bill Clinton, Michael Jackson, Diana Ross, Mick Jagger Antara Nama Dikaitkan

20/12/2025
0

WASHINGTON: Pendedahan dokumen berhubung mendiang pesalah seks Jeffrey Epstein semalam hadir susulan desakan berbulan lamanya terhadap pentadbiran Trump demi ketelusan...

Persembahan Solo Joe Di Hard Rock Cafe

30/11/2018
0

JOE berjanji akan mempersembahkan lagu-lagu permintaan yang disuarakan oleh peminatnya terutama di Facebook pada persembahan di Hard Rock Cafe nanti....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd