Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

KPM Ambil Berat Isu...

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius isu yang membabitkan keselamatan murid...

Cecah Usia 40 Tahun,...

AKTRES dan bekas naib juara Miss Malaysia World, Elaine Daly menzahirkan rasa syukur...

33 PATI Cuba Keluar...

JOHOR BAHRU - Seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan...

Mara Longgarkan Syarat Kemasukan...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah melonggarkan syarat minimum kemasukan Tingkatan...

Persembahan Solo Joe Di Hard Rock Cafe

JOE berjanji akan mempersembahkan lagu-lagu permintaan yang disuarakan oleh peminatnya terutama di Facebook pada persembahan di Hard Rock Cafe nanti.

Lebih 32 tahun terbabit dalam industri muzik tanah air, pemain gitar terkemuka, Abd. Zamin Abd. Kadir atau lebih dikenali sebagai Joe, 49, tidak mudah mengalah apabila berdepan dugaan.

Disifatkan antara pemain gitar terbaik negara, Joe langsung tidak terkesan dengan kontroversi pengunduran Hillary Ang (gitaris), Fauzi (bass) dan Aweera (penyanyi) daripada kumpulan Prime Domestic yang diasaskannya.

Kini, bekas pemain gitar Wings itu muncul dengan projek terbaharu apabila dia bakal menjayakan persembahan solo dinamakan The Best Of Joe yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 9 Disember depan.

“Persembahan ini memang fokus pada karier saya kerana akan menampilkan lagu-lagu ciptaan sendiri.

“Ia lebih terarah kepada mereka yang tahu lagu ciptaan saya untuk Wings ketika era Mus (May). Ada juga karya saya pada era Awie yang jarang dimainkan ketika konsert,” ujarnya.

Joe berkata, idea tersebut sudah lama difikirkannya tetapi dia tidak berpeluang melakukannya ketika itu.

“Setiap kumpulan yang beraksi di atas pentas pasti ada had masa tertentu. Saya kena ikut majoriti lagu yang mahu dimainkan. Apabila saya sudah bebas untuk muncul solo, ia satu kesempatan untuk saya memainkan lagu ciptaan saya yang tidak sempat dimainkan.

“Biasanya dalam konsert, material yang boleh dimainkan pun paling banyak hanya 36 ke 40 lagu, tetapi kami ada banyak lagu. Jadi, saya ambil kesempatan untuk memainkan lagu yang peminat suka tapi tidak sempat dipersembahkan selama ini,” katanya.

Menurut Joe, pengalaman luas dirinya dalam industri muzik menyaksikan permintaan hanya untuk lagu arus perdana, manakala lagu heavy metal agak dipinggirkan.

“Kelompok peminat lagu ini memang ramai. Mereka jarang dengar radio dan hanya mendengar daripada album. Saya buat persembahan ini atas permintaan mereka juga. Memadailah jika dibuat di lokasi sederhana begini. Persembahan ini ambil masa hampir dua jam dan mungkin memainkan 16 lagu,” katanya.

Prime Domestic masih ada


Ditanya mengenai kedudukan kumpulan Prime Domestic, Joe pantas menjawab kumpulan berkenaan masih teguh berdiri dalam industri muzik.

Prime Domestic kini dikenali sebagai PrimeD dan turut dianggotai Ainol (dram) dan Rozaimi (bass) yang menggantikan Fauzi.

“Selain itu saya bekerjasama dengan Zul, penyanyi yang aktif di kelab bersama kumpulan Electric 5 dan Aidi, pemain keyboard dari kumpulan Soul Statue sebagai penyanyi kedua.

“Aidi memang kerap mengiringi persembahan saya, tetapi besar kemungkinan jika Zul beraksi dengan baik dan peminat suka, saya akan ambil dia sebagai anggota tetap,” katanya.

Joe berkata, julat suara Zul tinggi seperti Awie tetapi dia percaya gaya persembahannya boleh dibentuk.

“Penyanyi kelab memang pandai tiru lagu orang lain. Zul ada suara tiga nada dan untuk album, saya akan guna nada yang sesuai yang saya nampak pada dia.

“Saya biasa menerbitkan album dan tahu. Pengaruh Awie memang banyak pada Zul tetapi dia ada sesuatu yang boleh dikeluarkan,” katanya.

Joe memulakan kariernya bersama kumpulan Scandals pada 1986. Lagu ciptaannya Penantian Yang Tak Pasti untuk kumpulan itu berjaya menjadi siulan peminat. Joe kemudian menyertai Wings pada 1 April 1988 dan mula membabitkan diri dalam penciptaan lagu serta rakaman studio sehingga hari ini. – KOSMO ONLINE

Kategori