• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usah Berprasangka Dengan Sekolah Pondok

oleh Ahmad Albab
12/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Orang ramai diminta supaya tidak mencurigai madrasah, sekolah pondok atau sekolah aliran Arab dengan mengaitkannya dengan golongan berfahaman ekstrem seperti Daesh.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata institusi itu tidak pernah mengajar atau melatih golongan ekstrem, malah mereka diajar supaya menghormati semua fahaman agama.

“Kita bersyukur dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan setakat ini tiada madrasah di negara ini yang menjadi kilang atau tempat untuk melatih militan Daesh atau menerapkan fahaman ekstrem.

“Ia adalah satu kenyataan yang tidak boleh disangkal kerana sekolah agama atau Arab yang bertaburan di seluruh negara tak pernah mendidik pelajar ke arah fahaman ekstremis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Pada 9 Julai lepas, Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau semua madrasah di negara ini untuk memastikan tempat pengajian itu tidak terbabit dengan aktiviti ancaman kumpulan militan Daesh.

Beliau dilaporkan sebagai berkata setakat ini pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri mendapati tidak ada pembabitan madrasah dengan kegiatan militan Daesh. – BERNAMA

Tags: Sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd