• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Umum Pakatan Pembangkang Baharu

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan satu pakatan baharu yang dianggotai beberapa parti politik pembangkang.

Beliau berkata, pakatan berkenaan bakal disertai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai parti komponen, serta mereka yang memang menentang kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka ujar Mahathir lagi, akan bekerjasama sebagai satu pasukan semata-mata untuk menewaskan BN pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Katanya, pakatan itu yang masih belum mempunyai nama khusus akan bergerak sebagai badan tertinggi untuk menyusun usaha dari sekarang sehingga PRU-14.

“Kita mahu mendedahkan segala penyelewengan BN dan membentuk kerajaan baharu bagi negara kita.

“Kita juga memutuskan untuk mengenepikan sebarang perbezaan antara parti komponen dan menumpukan kepada mencapai kemenangan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat kira-kira dua jam di sini hari ini.

Turut hadir ialah bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Bagaimanapun, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang diketahui masih bermusuh dengan Mahathir ekoran tindakan zalim negarawan itu terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim; didapati tidak hadir.

Mengenai penubuhan parti baharu, Mahathir berkata, ia akan ditubuhkan beliau dalam masa terdekat tetapi dijangka tidak pula menjadi presidennya.

“Meskipun kami bukan parti politik, namun kami mewakili sekumpulan rakyat yang berpendapat kerajaan BN sekarang ini sudah mengambil tindakan-tindakan yang berbahaya kepada negara, terutamanya Najib,” tambahnya.

“Namun kami semua bersetuju bahawa dalam mana-mana pilihan raya, kami hanya akan menampilkan satu calon, mungkin dari mana-mana parti. Dan kami semua akan sokong calon itu,” tambahnya.

Mahathir, yang sudah keluar daripada UMNO sebelum ini, juga berkata beliau akan menjadi anggota pengasas parti baru tersebut, kerana parti-parti politik yang ada sekarang mungkin tidak disokong semua orang.

“Saya rasa ada perlunya untuk menubuhkan sebuah parti baru, untuk mewakili rakyat yang masih belum menyertai kumpulan ini, namun mahu mencapai matlamat-matlamat yang sama dengan kumpulan ini.

“Dan apabila ia ditubuhkan, kumpulan tadi (perikatan baru itu) bersedia untuk menerima mereka sebagai anggota kumpulan,” kata Mahathir.

Ironi, Mahathir menambah bahawa beliau sendiri tidak akan bertanding dalam pilihan raya atau mengemukakan dirinya sebagai calon bagi jawatan perdana menteri.

Apabila ditanya siapakah yang akan dipilih sebagai calon, beliau berdalih dengan berkata: “Kami akan menyeberangi jambatan itu apabila kami tiba di sana nanti.”

Mahathir berkata anaknya, mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dan mantan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan minat untuk menyertai parti baharu itu.

Bagaimanapun, mereka berdua gagal hadir dalam mesyuarat tersebut hari ini.

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa Mahathir akan menubuhkan sebuah parti baru untuk menjadi alternatif kerpada UMNO – badan politik yang ekslusif untuk orang Melayu.

Malangnya pada sidang media hari ini, Mahathir membuat alasan bahawa konon hal itu masih lagi sedang dimuktamadkan. – Agensi/Mynewshub.cc

Tags: Tun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd