• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TUDM Terima 5 Pesawat Pilatus PC-7 MK II, 3 Helikopter

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menerima lima buah pesawat Pilatus PC-7 Mk II dan tiga buah helikopter jenis EC 120B yang akan digunakan bagi melatih juruterbang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata aset baharu itu akan ditempatkan di Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, di sini.

“Penambahan aset-aset latihan penerbangan terbaharu ini mampu meningkatkan lagi kecekapan, keupayaan serta keberkesanan TUDM dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan ruang udara negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya TUDM serta Pelancaran Pesawat PC-7 MK II dan EC 120B di KTU Kepala Batas, hari ini.

Turut hadir Timbalannya Datuk Seri Johari Baharum; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah dan Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Roslan Saad.

Beliau berkata perolehan lima buah pesawat PC-7 Mark II itu menjadikan jumlah keseluruhan aset berkenaan sebanyak 21 buah.

Katanya pesawat Pilatus PC-7 Mark II diperoleh sejak 2007 secara berperingkat bagi menggantikan pesawat lama iaitu Pilatus PC-7 yang berusia 33 tahun.

“Sementara itu, helikopter EC 120B pula digunakan bagi menggantikan helikopter jenis Alouette III.

“Penggunaan helikopter baharu ini khusus untuk memberi pendedahan awal kepada mereka (anggota) berhubung operasi penerbangan helikopter generasi baharu berteknologi tinggi,” katanya.

Pesawat PC-7 MK II ini dikuasakan dengan enjin turboprop Pratt & Whitney PT6A-25C dan mampu menghasilkan kuasa sebanyak 700hsp.

Helikopter EC 120B jenis satu enjin dengan berat 1.7 tan dilengkapi sistem teknologi canggih yang mampu memudahkan operasi, selamat dan menjimatkan kos penyelenggaraan. – BERNAMA

Tags: TUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd