• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Akui Miliki Pendrive Rahsia Kotor FAM

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas pihak yang berterusan mengkritik persaraan pemain JDT – Safiq Rahim, Aidil Safuan, Kunanlah Subramanian dan Amirulhadi Zainal dari pasukan negara.

Sebelum ini TMJ telah mengeluarkan satu kenyataan yang menjelaskan perkara sebenar iaitu ianya merupakan pilihan yang dilakukan oleh para pemain tersebut, tetapi langkah persaraan  itu tetap mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.

Difahamkan, kesemua pemain tersebut membuat keputusan untuk bersara bukan kerana tidak sayangkan Malaysia tetapi sudah letih menyertai kem latihan yang tidak memberi sebarang manfaat kepada pasukan negara.

TMJ juga mendedahkan bahawa terdapat lebih ramai lagi pemain kebangsaan yang mahu mengambil keputusan yang sama untuk bersara, tetapi tidak berani kerana terlalu takut dengan pengurusan.

Kenyataan itu kemudian menerima kritikan pelbagai pihak yang menyoal tindakan beberapa pemain skuad kebangsaan kerana mengumumkan persaraan dalam masa yang sangat singkat.

Susulan kritikan yang dilemparkan, TMJ meminta pilihan pemain dihormati selain mengeluarkan satu kenyataan yang kini mencetuskan tanda tanya kepada semua pihak.

Bagi TMJ, pihak pengurusan seharusnya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pemain tersebut dan menghargai segala penat lelah dan sumbangan yang telah dilakukan oleh mereka, bukannya memberikan kritikan dan hentaman.

TMJ juga mendakwa baginda memiliki pendrive yang mengandungi maklumat dan aktiviti dalaman Football Association of Malaysia (FAM), ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Pendrive itu dikatakan telah diberi oleh rakan-rakan TMJ yang mempunyai kedudukan tertinggi di Kuala Lumpur dan maklumat tersebut sekaligus akan menamatkan korupsi yang telah dilakukan sepanjang 30 tahun yang lalu.

Baginda juga memberi jaminan akan melakukan yang terbaik untuk membunuh korupsi dalam FAM kerana Malaysia memerlukan jurulatih profesional, bukannya ahli perniagaan.

Menurut TMJ, dia juga mempunyai senarai orang-orang media yang selalu digunakan oleh FAM termasuk bekas-bekas pemain Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.

Tambah TMJ, mungkin kini sudah tiba masanya untuk penyokong bola sepak melihat dan menilai sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku di bawah pengurusan FAM. – MYNEWSHUB.CC

TMJ Akui Miliki Pendrive Rahsia Kotor FAM

Tags: FAMJDTTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd