• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terdesak Ke Tandas, Antara Sebab Guna Laluan Kecemasan

oleh Ahmad Albab
26/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang tertuduh memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini beliau terpaksa menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya di sini Mei lepas kerana anak-anaknya berada dalam kenderaan terdesak hendak ke tandas.

“Mereka makan terlalu banyak ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri,” kata Abdul Hamid Mohd Yusof, 63.

Majistret Nor Azizah Yusof lantas menempelak Abdul Hamid.

Katanya, perayaan Aidilfiri hanya disambut pada awal bulan ini, bukan Mei.

Majistret mengenakan hukuman denda RM1,600 atau sebulan penjara ke atas Abdul Hamid.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman antara RM1,500 dan RM2,000 ke atas 18 pengguna jalan raya lain atas kesalahan serupa.

Nor Azizah menjatuhkan hukuman itu setelah semua tertuduh, yang terdiri daripada 18 lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 dan 63 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Warga lelaki Singapura, Lim Seng Kee Joseph, akhir 60an, didenda RM2,000 atau dua bulan penjara, manakala wanita berkenaan B. Umaiyah, 42, didenda RM1,500 atau sebulan penjara.

Tertuduh selebihnya didenda RM1,500 atau sebulan penjara iaitu Nor Iman Wahab, 25; Mohammad Nazreen Al-Hafiq Norizan, 25; Yeong Jianrong, 26; Muhamad Firdhaus Zulzaini, 26; Mohamad Hafidz Raffic, 30.

Mahmood Abdul Muhsin, 29; Ahmad Khairi Adbul (ulang: Adbul) Rahim, 30; Mohd Juzaimi Arbaai, 31; Heng Kuan Fei, 35; Lieow Sek Tong, 43; Yusnan Salikin, 44; N.P. Narvinthran, 44; Mohd Hamdan Husin, 47; S. Sukumaran, 54, Jamil Non, 54; dan Tong Long San, 55.

Semua tertuduh didakwa memandu di lorong kecemasan di KM222 Lebuh Raya Utara Selatan di sini pada 5 petang, 22 Mei lepas.

Mereka dituduh mengikut Kaedah 53(1) Kaedah Lalulintas Jalan Raya 1959 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan bagi meringankan hukuman, pemandu berkenaan berkata mereka menggunakan lorong kecemasan kerana ingin cepat menuju ke destinasi; menziarahi anggota keluarga sakit tenat; kereta rosak dan mengalami masalah kesihatan.

Lim yang terdahulu memohon pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Inggeris dalam rayuannya kesal dengan kesalahan yang dilakukannya dan sedia menerima hukuman kerana kesalahan tetap suatu kesalahan.

Majistret berkata tertuduh tidak sepatutnya memikirkan tentang kepentingan diri sendiri semata-mata dan perlu memikirkan kepentingan semua orang awam terutamanya mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

“Jika semua tidak guna lorong kecemasan, ambulans akan cepat sampai dan bantuan juga sampai cepat.

“Kesesakan lalu lintas pun dapat dileraikan segera sekiranya kemalangan itu dapat diberikan bantuan segera,” katanya. – BERNAMA

Tags: kecemasankes mahkamah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Asing Terlibat Kegiatan ‘Black Money’ Ditahan

Next Post

Jumlah Mangsa Bot Karam Meningkat 14 Orang

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

Next Post

Jumlah Mangsa Bot Karam Meningkat 14 Orang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd