• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Terlibat Kegiatan ‘Black Money’ Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan licik seorang warga Nigeria yang menjalankan penipuan ‘Black Money’ tumpas selepas ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohd Roy Suhaimi Shariff berkata lelaki yang berusia 46 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Wangsa Maju kira-kira 4 petang.

Susulan tangkapan itu polis membuat pemeriksaan di rumah lelaki itu di Bukit Antarabangsa, Ampang dan merampas wang tunai USD$12,000 (RM48,000) selain telefon bimbit dan kad penduduk tetap, katanya.

“Polis akan melakukan semakan dengan Imigresen bagi mengetahui kesahihan kad penduduk tetap suspek itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Roy berkata suspek yang sudah berkahwin dengan wanita warga tempatan itu mempunyai dua anak dan dipercayai aktif dalam kegiatan penipuan melalui internet sejak empat tahun lalu.

“Suspek sering memperdayakan mangsanya dengan menjanjikan pulangan duit yang banyak dalam masa yang singkat,” katanya.

Menurutnya, tempoh reman suspek yang berakhir hari ini akan disambung bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA

Tags: warga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd