Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

578 Pati Ditahan Di...

IPOH - Sebanyak 578 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Ops Bersepadu...

Shafie Apdal Atau Musa...

DATUK Seri Mohd Shafie Apdal yang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri kelmarin, dijadual...

Sumbangan KWSP Pekerja Dikurangkan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sumbangan pekerja...

JBPM Bantu Hantar 3...

GUA MUSANG - Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berpangkalan di...

Tembak Pipi Sendiri Demi Hasilkan Klip Muzik Video

SEORANG rapper layak mendapat gelaran `si bodoh’ selepas dia menembak pipinya sendiri dan kemudian meludahkan darah yang memenuhi mulutnya semata-mata mahu menghasilkan klip muzik video yang ekstrem.

Kasper Knight, dari Indianapolis, yang menggunakan nama Kasper Tha Phantom berkata dia berbuat demikian dengan menembak pipinya sendiri kerana orang lain tidak mahu melakukannya.

Dengan menggunakan senjata dan telefon bimbit, Knight merakamkan aksi berkenaan di belakang keretanya dan menganggap kesakitan yang dialaminya itu hanya pada skala 4 daripada 10.

“Saya dah tidak peduli apa lagi. Saya telan peluru itu. Jika saya mati, f*** it,’’ katanya sebelum ketawa dan menggosok darah itu ke seluruh mukanya. Dia kemudiannya dibawa ke hospital.

Selepas telefon bimbitnya itu dipulangkan, Knight memuatnaik rakaman berkenaan dan memberitahu dia melakukan aksi bodoh dan berbahaya itu semata-mata untuk menghasilkan klip video.


Malangnya aksi Knight itu telah dikutuk ramai termasuk keluarga dan rakan-rakannya yang menganggap Knight sengaja mencari publisiti dan sepatutnya dipenjarakan.

Dia bagaimanapun memutuskan untuk tidak mempedulikan kritikan terbabit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori