• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Terjejas Isu 1MDB, Najib Jalani Tugas Seperti Biasa

oleh AK-47
26/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TATKALA Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menggemparkan dunia dengan bertindak memfailkan saman ke atas dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), nun jauh beribu batu di sini, tugas berjalan seperti biasa bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menghadiri jamuan makan malam kakitangan awam, Najib dilihat bersalaman dan memenuhi permintaan untuk bergambar selfie bersama.

Keesokan harinya, beliau sempat hadir ke pameran model kereta terbaru pembuat kereta terbesar negara ini dan mengadakan sebuah mesyuarat perancangan pembangunan nasional. Cuma sedikit daripada masa beliau dicuri untuk menyentuh mengenai saman yang dibuat AS keatas 1MDB, di mana beliau menyatakan bahawa pihak tersebut sepatutnya dibenarkan untuk meneruskan apa yang mereka sedang lakukan.

Mesejnya jelas: Perdana Menteri ini fokus terhadap isu-isu dalam negeri, lebih-lebih lagi dalam sektor ekonomi oleh kerana beliau berniat untuk memelihara penyokong majoriti parti pemerintah yang berbangsa Melayu, terutama sekali golongan yang menetap di kawasan pendalaman. Salah satu agendanya Khamis lalu adalah memberikan ucapan kepada kakitangan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab membantu ribuan petani kecil.

Setelah berjaya mengatasi masalah skandal dana politik bernilai jutaan dolar tahun lalu, hanya krisis pembangunan dalam peringkat domestik sahaja yang boleh menggoyahkan kedudukan Najib sebagai pemimpin. Sesuatu yang wajar diberi pujian, meskipun DOJ menyasarkan untuk membeku lebih USD1 bilion (RM4 bilion) yang dikatakan korupsi terbesar negara ini.

Saman yang difailkan di Los Angeles itu bertujuan untuk merampas aset yang didapati terbabit dalam konspirasi mengubah wang antarabangsa yang dilesapkan daripada tabung kekayaan berdaulat itu.

Dalam saman itu, nama anak tiri Najib, Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood, juga dikaitkan kerana dituduh menggunakan wang sebanyak RM256 juta dalam penerbitan filem ‘The Wolf of Wall Street’ yang diambil daripada dana 1MDB.

Walaubagaimanapun, segalanya dilihat bakal berpihak kepada Najib di masa akan datang.

“Pasaran jelas bahawa Najib masih di tahap selamat ketika ini dan tidak ada cabaran politik yang terlalu besar terhadapnya,” kata pakar ekonomi Vaninder Singh dari Royal Bank of Scotland Plc. berpusat di Singapura kepada Bloomberg.

Vaninder berkata sekiranya Umno memenangi pilihan raya umum akan datang, saki baki kesan 1MDB dijangka terhapus terus.

Isu 1MDB menyebabkan kerajaan dan pembangkang berada pada polar berlawanan yang jelas.

“Pembangkang dan penyokong mereka sudah yakin Najib terlibat dalam pengubahan wang dari 1MDB.

“Di dalam Umno pula, Najib menghalau mereka yang sependapat dengan pembangkang,  maka yang tinggal sekarang hanyalah yang setia dan yakin beliau tidak bersalah, atau tidak kisah apa akan terjadi,” kata Gregory Poling, pakar Asia Tenggara di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa, Washington.

Bagaimanapun, sama ada Najib dapat mengekalkan sokongan rakyat, terutama melalui pemberian wang tunai, mungkin menghadapi masalah, selepas kejatuhan harga minyak yang memberi impak kepada hasil kerajaan.

Bagi Najib, stabiliti ekonomi adalah penting dalam mengharungi pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2018.

“1MDB bukan isu utama bagi pengundi luar bandar dan mereka lebih tertumpu kepada ekonomi dan kebajikan, yang boleh ditangani menerusi dasar fiskal,” kata pakar ekonomi Vincent Tsui dari syarikat pengurusan aset AllianceBernstein LP di Hong Kong. - Bloomberg

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd