• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Superman Biadap DAP Keluar Parti Lepas Dikecam Netizen

oleh
15/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELIK lagi ajaib… Selama ini beliau langsung tidak pernah ambil peduli kutukan netizen ekoran mengeluarkan pelbagai kenyataan berbaur kurang ajar yang menyentuh isu politik tanah air.

Siapa boleh lupa ucapan biadap Hew Kuan Yau ketika berceramah pada kempen Pilihan Raya Sarawak awal Mei lalu yang mahu ‘skru’ otak orang Melayu konon kuat mengamalkan rasuah jika DAP menang menawan negeri tersebut.

Terdahulu, beliau yang terkenal dengan gelaran Superman pernah mencetuskan kontroversi apabila menyiarkan gambar di media sosial bangga menunjukkan tanda isyarat lucah pada papan iklan besar Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun entah apa mimpi, pemimpin muda fanatik DAP itu mengumumkan keluar parti selepas kenyataan beliau bahawa Laut China Selatan milik sah negara China dikecam ramai termasuk kaum Cina di Malaysia sendiri.

Kuan Yau bertindak membuat pengumuman secara drastik itu konon demi mahu memberi gambaran ‘jiwa besar’ DAP apabila sanggup berkorban untuk imej bersih parti daripada mengutamakan kepentingan dirinya sendiri.

Katanya, tindakan tersebut dibuat konon atas kehendaknya sendiri, bukan paksaan atau tekanan mana-mana pihak dalam parti cauvinis Cina itu sehingga mencetuskan persoalan kenapa baharu sekarang mahu keluar daripada DAP.

Lazimnya, sesorang anggota keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan organisasi siasah itu atau nekad mahu menyertai parti lain seperti dilakukan oleh tokoh tertentu antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Superman Biadap DAP Keluar Parti Lepas Dikecam Netizen

Amat jarang benar individu keluar parti seperti Kuan Yau atas alasan konon menjaga nama parti kecuali dipecat kerana masalah disiplin atau hanya sekadar meletak jawatan dalam parti tetapi masih lagi kekal sebagai ahli biasa.

“Saya berpendapat ini adalah satu kelegaan,” tulisnya menerusi laman Facebook beliau pada Khamis yang dipetik pelbagai portal tempatan serta berterima kasih kepada kesabaran dan bimbingan daripada beberapa tokoh DAP.

Ini termasuk Lim Kit Siang yang banyak memberi inspirasi kepada dirinya sejak beliau menyertai DAP pada usia 19 tahun sambil menambah: “Untuk menyelesaikan masalah ini, saya percaya keluar parti adalah pilihan terbaik.”

Kuan Yau diserang ramai pengguna Facebook selepas memuat naik status Laut China Selatan adalah milik China dan melabelkan penentang tuntutan Beijing ke atas perairan itu sebagai anti-komunis melalui Facebooknya.

Ada menyifatkan tindakan Kuan Yau cuma wayang sandiwara DAP bagi mengalihkan perhatian netizen susulan kemarahan masyarakat Melayu atas kebiadapan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menghina syiar umat Islam.

Ini bukan kali pertama beliau terlibat dalam kontroversi tetapi agak aneh keluar parti kerana Kuan Yau masih boleh kekal sebagai ahli tanpa apa-apa jawatan kecuali DAP membuangnya sebab marah dengan isu Laut China Selatan.

Jika itu standard ukuran, timbul tanda tanya kenapa Kor Ming atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak pula keluar parti itu kerana masalah mereka jauh lebih teruk daripada Kuan Yau. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPHew Kuan YauLim Guan EngNga Kor Ming
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak Lelaki Digigit Anjing Ketika Snapchat

Next Post

Anak Jati P.Pinang Desak LGE Letak Jawatan

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Anak Jati P.Pinang Desak LGE Letak Jawatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd