Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Baju Nora Danish Dikritik...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri yang telah selamat menjadi...

Malaysia Kekal Tak Sertai...

KUALA LUMPUR - Malaysia ketika ini masih kekal dengan pendirian yang dibuat kerajaan...

Erra Tak Masuk Campur,...

SETELAH sekian lama hanya mendiamkan diri semenjak isu panas melibatkan Shahir, kini Erra...

MISTERI… DJ Dijumpai Lepas...

PELIK campur misteri. Seorang DJ sambilan yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu ketika...

Sherry Nak Anjur Seminar Untuk Orang Bertubuh Besar

PELAKON Sherry Al-Hadad berhasrat mahu menganjurkan satu seminar khusus untuk golongan bertubuh besar terutama di kalangan peminat setianya.

Menurut Sherry dia terdetik untuk mengadakan program itu selepas menerima banyak mesej dalam laman sosial yang memintanya berkongsikan tip keyakinan diri.

“Hampir setiap hari saya dapat mesej daripada peminat bertubuh besar yang meminta nasihat mendapatkan keyakinan diri.

“Apatah lagi, mereka mendakwa sering diejek hingga menjadi terlalu merendah diri. Saya tidak mampu membalas semua mesej itu. Jadi terfikir juga untuk menganjurkan seminar khas untuk individu bertubuh besar.

“Saya mahu mereka yang menyertai seminar itu menukar kelemahan menjadi kelebihan mereka,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Menurut anak jati Kuala Lumpur ini dia berasa sedih apabila melihat segelintir masyarakat masih bersikap keanak-anakan dengan mengejek golongan bertubuh besar.

“Kalau nak tahu, sehingga hari ini saya diejek segelintir netizen yang tidak beradab tetapi saya tidak ambil peduli langsung.


“Kalau nak terasa, sejak kecil lagi saya sudah terasa. Apabila dewasa, perasaan sedih itu tidak wujud. Sebaliknya, keyakinan yang menguasai diri. Tetapi perlu berhati-hati, jangan terlebih yakin diri,” katanya.

Sherry mula dikenali dalam industri hiburan tempatan sejak membuat kemunculan ‘stand up’ komedi dengan rakan artis, Zulin Aziz beberapa tahun lalu.

Sherry Nak Anjur Seminar Untuk Orang Bertubuh Besar
Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz

Sejak itu, dia semakin murah rezeki apabila sering menerima tawaran beelakon drama selain pernah menjadi hos program hiburan Diva dan Melodi sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori