• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Apdal Bertindak Nekad Keluar UMNO

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang digantung keanggotaannya dalam UMNO, bertindak keluar parti itu berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna yang diadakan di perkarangan kediamannya di sini.

Ditanya sama ada beliau akan menubuhkan parti baharu bagi meneruskan perjuangan politiknya, Mohd. Shafie berkata: “Saya belum lagi memikirkan tentang perkara itu.”

Pada 24 Jun lepas, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini digantung sebagai Timbalan Presiden UMNO dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, kerana melakukan pelanggaran disiplin.

Bagaimanapun Mohd. Shafie pula digantung keanggotaannya sehingga MT UMNO menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

Shafie sebelum ini digugurkan daripada jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam rombakan kabinet yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Julai tahun lepas.

Jawatannya itu diisi oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Turut digugurkan daripada kabinet pada rombakan kabinet itu ialah Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Shafie bersama Muhyiddin serta Mukhriz dilihat tidak lagi menyokong kepimpinan parti apabila sering kali mengkritik kepimpinan perdana menteri.- BERNAMA

Tags: Shafie ApdalUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd