• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramik: Ujian Kementerian Kesihatan Lebih Tepat

oleh Ahmad Albab
10/07/2016
dalam Utama & Sensasi
41
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemantauan Kementerian Kesihatan mendapati hanya satu perkakas dapur seramik yang dijual di pasaran dikesan membebaskan logam berat plumbum melebihi had yang dibenarkan dan tindakan ke atas produk itu telah pun diambil sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap sebarang perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna termasuk perkakas dapur seramik.

“Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan, Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Malaysian Association of Standard Users bersama Greenfinite Sdn. Bhd. bahawa kajian mereka ke atas lapan perkakas dapur seramik yang diuji mereka dengan kaedah X-ray Fluorescence Spectrometry mengandungi logam berat dan bahan kimia pada paras yang tinggi.

Noor Hisham menjelaskan, kaedah ujian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan lebih menepati aspek keselamatan pengguna kerana ia menganalisa kandungan logam berat yang dibebaskan oleh perkakas dapur seramik ke dalam makanan.

Kata beliau, Malaysian Association of Standard Users menggunakan kaedah analisis untuk mengukur kandungan logam berat yang terdapat dalam perkakas dapur seramik dan bukannya kandungan logam berat yang dibebaskan oleh perkakas dapur seramik.

Beliau seterusnya berkata, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan barangan seramik yang digunakan dalam penyediaan, pembungkusan, penstoran, penyerahhantaran atau pendedahan makanan perlu diuji mengikut “Malaysian Standard MS 1SO 6846-1 Ceramic ware, glass ceramic ware and glass dinnerware in contact with food – Release of lead and cadmium – Part 1: Test method.”

“Jumlah plumbum dan cadmium yang dibebaskan daripada barangan seramik tersebut tidak boleh melebihi kadar maksimum yang dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan tersebut.

“Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua tahun,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau melayari laman sesawang moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KKMseramik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd