• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Macam ‘Automatik’ Peluk, Pegang Tangan Dia

oleh AK-47
23/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAMAN media sosial heboh membincangkan isu suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim dengan panggilan Datuk Red dilihat intim dengan seorang pelakon wanita baharu.

Menurut laporan sebuah portal berita, pendatang baharu yang dilihat mesra bersama Datuk Red ialah adik kepada Risteena Munim iaitu Ruhainies.

Pendedahan itu hangat diperkatakan setelah tersebarnya sebuah video yang dirakam di sebuah pusat membeli belah di sekitar ibu kota, di laman sosial semalam.

Menerusi rakaman berkenaan, Datuk Red turut dilihat merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak selain kedua-duanya berpegangan tangan di luar premis itu.

Saya Macam 'Automatik' Peluk, Pegang Tangan Dia

Menurut Datuk Red, dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Ruhainies, namun tidak menafikan dirinya menyukai aktres wanita itu, malah bersedia menjadikan heroin Hello Mr. Perfect itu sebagai isteri ketiganya seandainya ada jodoh.

“Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia.”

Baca: “Saya Diperangkap Suami Adira” – Ruhainies

Bagaimanapun, Datuk Red menjelaskan tindakan dia merangkul pinggan Ruhainies adalah tindakan ‘spontan’ dan beranggapan pelakon itu turut mempunyai perasaan yang sama seperti yang dirasainya.

“Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula.

“Ini namanya saya sendiri yang mencari ‘bala’. Tetapi, saya berasakan kisah ini seperti dalam cerita P. Ramlee (Madu Tiga) versi zaman sekarang pula,” katanya.

Saya Macam 'Automatik' Peluk, Pegang Tangan Dia

Saya Macam 'Automatik' Peluk, Pegang Tangan Dia

Mengulas pertanyaan berkaitan isteri pertama dan keduanya, ini penjelasan Datuk Red.

“Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BHonline

Tags: Datuk Redruhainiessuami adira
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemandu Lori Bebas Tuduhan Bunuh Rakan Sekerja

Next Post

1MDB: Sikap Buruk Pembangkang Keruhkan Keadaan

Related Posts

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

Tiada Apa-Apa Boleh Halang Saya, Ruhainies Berhubung – Aliff

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pelakon kontroversi, Aliff Aziz lega apabila prosiding berkaitan kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi...

Kemasukan Murid Ke Sekolah Rendah Tahun Ini Capai 99 Peratus – Fadhlina

A Aida ‘Blacklist’ Ruhainies Untuk Produksinya

12/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Penerbit terkenal, Datuk A Aida mendedahkan dia sudahpun 'blacklist' (senarai hitam) pelakon Ruhainies daripada berlakon dalam produksi miliknya....

Next Post

1MDB: Sikap Buruk Pembangkang Keruhkan Keadaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd