• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Dalang Rampasan Kuasa Turki Jadi Tandas Awam

oleh
28/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Jika di Malaysia, pembangkang begitu bebas aktif hasut rakyat ‘guling’ kerajaan dipilih sah secara demokratik menerusi pelbagai media antarabangsa, malah boleh tubuh parti baharu.

Namun lain hal di Turki susulan drama cubaan rampasan kuasa segelintir tentera antikerajaan pada 15 Julai lalu, kerajaan bertindak pantas ‘haram’ 150 media tempatan dan bakal menghukum mati individu terlibat kudeta.

Terbaharu, rumah tempat kelahiran Fethullah Gulen, ulama yang didakwa pemerintah Turki menjadi dalang utama rampasan kuasa bakal dijadikan tandas awam, menurut akhbar ternama Britain, The Independent pada Rabu.

Beliau yang melarikan diri sejak 2013 dan kini menetap di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) itu, lahir di sebuah rumah sederhana di perkampungan Korucuk, wilayah Erzurum kira-kira 900 kilometer dari ibu kota, Ankara.

Memetik akhbar propemerintah Beyaz Gazete, rumah tempat kelahiran Gulen itu akan diubah suai menjadi tandas umum atas permintaan penduduk setempat yang patriotik dan benci melihat kediaman dalang kudeta tersebut.

“Saya beranggapan laporan berkenaan hanya sekadar gurauan oleh masyarakat yang anti-Gulen sehinggalah saya menghubungi sendiri datuk bandar Erzurum, Mehmet Sekman,” ujar Latif Simsek, wartawan harian tersebut.

Rumah Dalang Rampasan Kuasa Turki Jadi Tandas Awam

Bagaimanapun dalam perbualan menerusi telefon, pemberita tersebut kemudian mengesahkan pemerintah Erzurum mengakui berita berkenaan dan menegaskan mereka akan membawa isu itu kepada gabenor Erzurum.

Gulen, 75; dituduh kerajaan Turki menjadi dalang rampasan kuasa militer yang gagal itu dan meminta pemerintah AS agar segera mengekstradisi ulama tersebut untuk dibicarakan dan dihukum mati sebagai pengkhianat negara.

Pihak berkuasa Turki setakat ini berjaya menahan dan memecat lebih 60,000 orang termasuk pegawai kanan angkatan tentera, semuanya kerana didakwa bersubahat dengan rancangan jahat Gulen menggulingkan kerajaan.

Insiden berdarah itu menyaksikan lebih 300 orang maut manakala 2,185 cedera apabila Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyeru jutaan rakyat ‘bangkit’ di jalanan untuk menggagalkan percubaan rampasan tersebut.

Beliau yang kemudian mengisytiharkan darurat selama tiga bulan ekoran kudeta itu pernah bersahabat dengan Gulen sebagai sekutu kuatnya sebelum mereka berubah menjadi seteru pada 2013. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Fethullah GulenRecep Tayyip ErdoganTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Erdogan Umum Pilihan Raya Mac Terakhir Untuknya

09/03/2024
0

ANKARA - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, pilihan raya tempatan yang dijadualkan pada 31 Mac akan menjadi pilihan raya...

Anwar Ucap Tahniah Erdogan Dipilih Semula Presiden Turkiye

Anwar Ucap Tahniah Erdogan Dipilih Semula Presiden Turkiye

29/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan yang dipilih semula menjadi Presiden ke-13 Turkiye selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd