Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Salahuddin Ayub mendakwa ramai pemegang jawatan dalam PAS berasa kecewa kerana pimpinan tertinggi mereka memakai tanjak dan keris dalam muktamar parti itu tahun ini.

Beliau yang merupakan bekas Naib Presiden PAS mendakwa, golongan terbabit berasa kecewa kerana perjuangan PAS sudah berubah dan meluahkan perasaan mereka sewaktu menziarahinya pada sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Rakan-rakan lama daripada PAS berjumpa dengan saya. Ada dalam kalangan mereka yang masih memegang jawatan dalam PAS.

“Mereka datang bertanya khabar dan ada yang terus terang meluahkan perasaan kecewa kerana perjuangan PAS bukan lagi seperti dulu apatah lagi tanjak dan keris hadhir dalam muktamar PAS yang lalu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Salahuddin seterusnya menyindir parti PAS semakin seronok dengan ciri-ciri dan budaya kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) pada waktu PAN terus membuktikan bahawa parti itu untuk generasi muda dan merealisasikan Islam Rahmatallillalamin.

Beliau turut mempersenda PAS bahawa PAN yang kurang setahun ditubuhkan mampu menandingi PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.

“Lebih menyakinkan saya tidak ada seorang pun ahli dan pimpinan Amanah (PAN) yang keluar parti. Walaupun diserang dari terbit mentari hingga terbit fajar sidiq Amanah (PAN) mampu bergerak pantas memahat arca siasah negara,” dakwanya.


PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang bertindak keluar parti selepas tewas dalam pemilihan parti itu pada Jun tahun lalu.

Mereka ditolak oleh para perwakilan PAS kerana dilihat terlalu taksub kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusaha mengenegahkan fahaman liberal hingga boleh menjejaskan kepentingan agama Islam di negara ini.

PAN seterusnya menyertai Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP bagi menggantikan PAS yang dikeluarkan daripada gabungan parti pembangkang oleh PKR dan DAP. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...