• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Media SUKMA Ke-18 Dibuka

oleh Ahmad Albab
18/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pusat Media Sukan Malaysia (Sukma) Ke-18 dibuka di Pusat Akuatik, Jalan Stadium di sini hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Sarawak, Charles Igat Assom berkata ia mula beroperasi seawal pukul 7.30 pagi ini dan ditutup selepas berakhir majlis penutupan temasya pada hujung bulan ini.

Beliau berkata sehingga kini pihak sekretariat telah mengeluarkan lebih 1,000 kad akreditasi kepada petugas media yang akan membuat liputan.

Katanya selain Kuching, pusat media di bandar raya Miri dan Bintulu, dua lagi venue Sukma Ke-18 juga sudah mula dibuka hari ini.

“Petugas media boleh menggunakan Wi-Fi, komputer dan lain-lain kemudahan yang disediakan di pusat-pusat media,” katanya kepada kira-kira 50 wakil media pada sesi taklimat di Pusat Media di sini.

Miri akan menjadi tuan rumah kepada acara sukan karate, sepak takraw dan pelayaran, manakala Sibu bagi acara bola tampar dan badminton.

Igat berkata selain persidangan media dari semasa ke semasa, setiap hari satu persidangan media akan diadakan pada pukul 7.30 malam di Pusat Media untuk memberikan maklumat terkini perkembangan semasa Sukma Ke-18.

Majlis pagi ini turut menyaksikan taklimat disampaikan oleh Pengurus Projek WSL Sdn Bhd, Johanis Johari yang bertanggungjawab membangunkan perisian dan pengurusan sistem acara untuk Sukma Ke-18.

Menurutnya orang ramai boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan Sukma Ke-18 dengan melayari laman web sukmasarawak2016.my/.

Raptai penuh majlis perasmian di Stadium Sarawak dijadualkan Khamis ini dengan majlis perasmian oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud pada Sabtu. – BERNAMA

Tags: mediaSukma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd