APABILA menjelang musim perayaan, tidak sah rasanya kalau kita tidak menonton iklan video raya yang ditayangkan sama ada di televisyen ataupun laman sosial.
Jika dahulu hanya syarikat-syarikat koporat menghasilkan iklan raya, namun kini ramai antaranya ahli perniagaan, para menteri dan badan-badan berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia sudah mula mengikut jejak langkah melakukan hal yang sama.
Menariknya, hasil karya mereka tidak kurang hebatnya seperti syarikat-syarikat koporat lain.
Antara yang mendapat perhatian kami adalah video raya berjudul ‘Nak Raya, Kami Jaga’ yang dihasilkan oleh pasukan polis Perak.
Dalam video berdurasi lima minit ini, beberapa anggota polis tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat mereka menyanyi dalam versi rock dan menari ala gaya hip-hop.
Video ini turut menyelitkan eleman drama di permulaan video di mana seorang anggota polis sedang bersiap sedia untuk pulang di malam raya namun tiba-tiba dimaklumkan perlu bertugas.
Penonton turut dijentik dengan eleman sedih apabila polis berkenaan menerima panggilan dari anaknya yang mengingatinya untuk berada ketika sambutan hari raya.
“Pulang ke rumah untuk meraikan, kami akan mengawasi. Kita akan tinggal di sini dan bekerja.
“Kami akan makan kuih Raya di dalam kereta peronda dan hanya minum air. Insya-Allah, kita akan bertemu dengan ibu dan ayah pada tahun yang lain,” antara bait-bait lirik dalam nyanyian tersebut.
Video raya itu sudah mula disiarkan di Facebook Polis Perak sejak Selasa lalu, dan berjaya mendapat perhatian ramai. – MYNEWSHUB.CC