• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Masih Belum Setuju Cadangan PRN Tergempar

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – PKR Pulau Pinang masih belum bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan pilihan raya tergempar negeri, kata Timbalan Ketua Menteri I dan anggota Biro Politik PKR, Datuk Rashid Hasnon.

Beliau berkata PKR negeri berpendirian sama dengan pusat dan memerlukan masa yang lebih untuk memahami cadangan itu.

“Kami bukan menolak cadangan itu tetapi memerlukan masa yang lebih untuk memahami cadangan itu sebelum membuat sebarang keputusan muktamad,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri Rapid Penang di sini hari ini.

Beliau berkata mesyuarat biro politik malam tadi memutuskan bahawa PKR belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar itu.

“Kami akan membuat perbincangan yang seterusnya dengan pemimpin dan wakil rakyat (negeri ini),” katanya.

Laporan media baru-baru ini memetik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Lim dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang.

Rashid bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada isu pilihan raya mengejut termasuk dalam agenda mesyuarat exco hari ini.

“Saya telah menghadiri mesyuarat itu pagi tadi tetapi saya terpaksa tinggalkan untuk perasmian Rapid Bus dua tingkat…jadi saya tidak tahu sama ada perkara ini ada dibincangkan atau tidak,” katanya.

Lim dijangka mengadakan sidang media petang ini selepas mesyuarat exco itu. – BERNAMA

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd