Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mat Razi Janji Jadi...

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil...

Undang-Undang Perlindungan Data Sedang...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Jabatan Perlindungan Data Peribadi kini...

Terpegang ‘Nasi Lemak’ Jasmin...

KALAU dah namanya public figure maka setiap tindak tanduk yang dilakukan pasti akan...

Scotland Tolak Kemerdekaan, Kekal...

EDINBURGH: Rakyat Scotland mengundi untuk kekal berada di bawah pemerintahan United Kingdom (UK)...

Pizza, Beruang Kutub Paling Sedih Di Dunia

CHINA: Seekor beruang kutub dilabel sebagai ‘beruang tersedih di dunia’ kerana dikurung di sebuah pusat beli-belah yang sibuk untuk menarik minat pengunjung.

Beruang yang diberi nama Pizza itu terpaksa akur dengan nasibnya yang diletakkan dalam Akuarium Grandview demi menjadi tarikan pengunjung yang tidak putus-putus mengambil selfie bersamanya.

Nasib malang Pizza akhirnya mendorong sebuah badan kebajikan haiwan melancarkan petisyen pada Mac lalu.

Sehingga kini, petisyen itu telah ditandantangani lebih 300,000 orang, lapor Daily Mail.


Pengarah badan kebajikan haiwan tersebut Dave Naele berkata, tempat disediakan untuk Pizza terlalu sempit hingga ia tidak dapat menjalani kehidupan seperti beruang yang lain.

“Persekitaran ‘akuarium’ itu terlalu sempit hingga mustahil Pizza dapat melakukan hampir semua tabiat semula jadinya.

“Terdapat sebuah kolam untuk berenang namun ia begitu sempit. Mustahil untuk Pizza memenuhi keperluannya maka ia mesti dipindahkan ke satu tempat lebih sesuai,” tambahnya.

Sebelum ini, pihak yang bertanggungjawab menguruskan Akuarium Grandview berjanji untuk membesarkan akuarium tersebut dan mengumumkan rancangan untuk mereka semula tempat penginapan Pizza tetapi sehingga kini masih melakukan apa-apa perubahan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori