• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhiasan Ikan Buntal Sumber Pendapatan Sampingan

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Ikan buntal sering dilabel sebagai ikan yang hodoh dan pelik, berduri serta beracun, namun dalam kalangan pencinta barangan eksotik, ia sering dijadikan pilihan sebagai barangan hiasan.

Bagi pengusaha produk berasaskan ikan buntal di Pulau Pangkor, Mohd Arshad Yusup, antara yang boleh dihasilkan termasuk perhiasan rumah, tabung, topi dan sarung pisau.

Lelaki berusia 40 tahun yang lebih mesra dipanggil Alang itu berkata, walaupun ia hanya pekerjaan sampingan, namun kerana keunikan produk tersebut nilai jualan mampu mencecah RM300 seminggu.

“Walaupun proses membuat perhiasan tersebut sangat sukar dan membahayakan nyawa, tetapi saya hanya jual pada harga RM30 sehingga RM150 setiap satu mengikut saiz.

“Ikan ini selalunya terperangkap dalam bubu nelayan dengan ikan lain dan sering dibuang kerana tidak mendatangkan hasil, maka lebih baik saya jadikan ia perhiasan,” katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor baru-baru ini.

Arshad berkata beliau mula menjual perhiasan ikan buntal sejak lima tahun lalu selepas ramai pelancong tertarik dengan produk tersebut yang digantung di gerai makan miliknya di Kota Belanda.

Ayah kepada empat orang anak itu berkata beliau mempelajari teknik dan cara menghasilkan perhiasan ikan buntal daripada beberapa kawan yang sememangnya telah lama berkecimpung dalam bidang itu.

Menurutnya, beliau hanya menggunakan empat spesies ikan buntal iaitu buntal duri, buntal landak, buntal landak jarum dan buntal pasir atau nangka selain tidak menggunakan bahan kimia bagi memastikan keselamatan pembeli.

Bercerita mengenai proses pembuatan, Arshad berkata ikan buntal yang segar akan disimpan dalam peti sejuk beku selama tiga hari bagi memudahkan kerja-kerja mengasingkan kulit dan isi ikan.

“Selepas tiga hari, saya akan memotong perut ikan dan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana bisa dalam hempedu ikan sangat beracun hingga boleh membawa maut,” katanya yang turut digelar Alang Angryfish.

Ikan buntal atau puffer fish sinonim sebagai ikan pembunuh kerana ia mengandungi racun dipanggil tetrodotoxin yang menyerang saraf (neurotoxin).

Maklumat saintifik meletakkan ikan buntal sebagai haiwan kedua paling beracun selepas katak Golden Poison Frog yang berupaya membunuh manusia dalam beberapa saat.

Menjelas lanjut, Arshad berkata selepas perut ikan dibersihkan, ia akan dijahit sebelum meletakkan belon ke dalam perut ikan itu.

“Saya akan meniup belon tersebut untuk mengembungkan perut ikan sebelum ia dikeringkan sepenuhnya dan selepas itu belon akan ditarik keluar,” katanya.

Walaupun mengakui proses menghasilkan perhiasan itu sangat rumit dan membahayakan nyawa, namun Arshad menanam impian untuk menjadikan ia sebagai salah satu ikon di Pulau Pangkor. – BERNAMA

Tags: Ikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd