• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perasmian Sukma Ke-18 Berlangsung Penuh Gemilang

oleh Ahmad Albab
24/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Hujan renyai di sini sejak petang tadi yang membasahkan persekitaran Stadium Sarawak, langsung tidak menjejaskan kemeriahan majlis perasmian Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 malam tadi.

Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang menanti penuh sabar acara kemuncak pengisytiharan perasmian yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Sementara menunggu saat pengisytiharan itu, orang ramai disajikan dengan persembahan oleh beberapa artis terkenal, sebelum majlis bermula dengan
kehadiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu, diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Ketibaan Abdul Taib dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi tepat 8.45 malam terus menggamatkan stadium dengan sorakan orang ramai, dan disusuli dengan percikan bunga api menghiasi ruang udara stadium.

Upacara perasmian berlangsung dengan aturcara tradisi, menyaksikan lebih 5,000 atlet yang mengambil bahagian dalam temasya Sukma, berarak masuk ke dalam stadium untuk majlis menaikkan bendera Sukma XVII Sarawak 2016 dan lafaz ikrar.

Lebih 3,000 peserta mengambil bahagian dalam acara persembahan padang, menerangi kegelapan stadium dengan gemerlapan kilauan cahaya yang membentuk pelbagai formasi.

Pelbagai persembahan dipaparkan bagi menggambarkan keunikan kepelbagaian etnik penduduk Sarawak ditampilkan dalam persembahan Sukma ke-18 yang bertemakan Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

Sukma ke-18 menampilkan 24 acara, kebanyakan diadakan di Kuching, Kota Samarahan, manakala badminton serta bola tampar di Sibu, sementara karate serta sukan layar di Miri.

Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah Sukma ialah pada 1990, dan muncul juara keseluruhan pada 1990, 1992 dan 1994, serta naib juara pada 1988, 1996, 1998, 2000 dan 2004.

Majlis penutup pada 31 Julai ini, dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Tags: Sukma
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kenapa Perempuan Cantik Selalunya Single?

Next Post

Sarawak Mampu Ulangi Kejuaraan Sukma – Adenan

Related Posts

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

KBS Nafi Wujud Sabotaj Isu 12 Acara Sukma Gugur

20/08/2022
0

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menafikan terdapat sebarang unsur sabotaj oleh persatuan sukan di sebalik pengguguran 12 acara Sukan Malaysia...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

Next Post

Sarawak Mampu Ulangi Kejuaraan Sukma - Adenan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd