• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang Garuda Airlines Sorok Ular Dalam Seluar

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki rakyat asing yang menyeludup 10 ekor ular di dalam seluarnya sebelum dia sempat menaiki pesawat itu ke Jeddah, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini, semalam.

Media-media tempatan hari ini memetik Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia, Benny Sigar Butarbutar sebagai berkata penumpang itu, yang dikenali sebagai Koufiah Jihad Zaki, ditahan susulan menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X sebelum menaiki pesawat.

Semasa membuat pemeriksaan sinar-X, pegawai penguat kuasa terkejut kerana mendapati beberapa ekor ular disembunyikan di dalam seluar dan sarung kaki lelaki itu.

“Dia menggunakan cara melilitkan ular-ular yang ingin dibawanya ke Jeddah di kedua-dua kakinya… dia membawa 10 ekor anak ular jenis phyton,” katanya.

Menurutnya siasatan mendapati Koufiah cuba menyeludup ular hidup dari Indonesia bagi tujuan perniagaan di Arab Saudi.

Kerakyatan Koufiah bagaimanapun tidak didedahkan dan dia telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Benny berkata Koufiah melakukan kesalahan serius kerana membahayakan penerbangan dan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, penumpang dilarang membawa sebarang haiwan dalam kabin pesawat. – BERNAMA

Tags: ular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

Ular Sebabkan Gangguan Bekalan Elektrik Di Batu Kawa

13/03/2025
0

Kuching: Seekor ular menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd