• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penoreh Getah Didakwa Bunuh Suami

oleh Ahmad Albab
04/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di rumah mereka dekat sini Khamis lalu.

Tertuduh Ladinah Dolah Asli, 33, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding sekadar mengangguk kepala tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Wanita bertubuh kecil itu didakwa membunuh Awang Mohamad, 42, antara pukul 6.30 dan 7 pagi, 30 Jun lalu di rumah tidak bernombor di Kampung Paya Besar, Chenor, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Irmawathy Mohamad Yusof mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ahmad Faizadh membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh menjalani penilaian psikiatri dan menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula untuk mendapatkan laporan bedah siasat. – BERNAMA

Tags: bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

05/02/2026
0

BUTTERWORTH, 4 Februari 2026 – Seorang wanita berstatus ibu tunggal ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di kediamannya di tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd