Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

Shiera Minta Fattah, Fazura...

PELAWAK dan hos terkenal, Sharifah Shahirah (Shiera) meluahkan rasa kesal apabila tindakan berkongsi...

Biak Nyamuk Aedes, 2...

KUALA LUMPUR - Dua syarikat pembinaan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini...

5 Pegawai Perisik Maut...

KABUL - Lima pegawai agensi perisikan nasional terbunuh pada Khamis selepas diserang sekumpulan...

Polis Jamin Siasat Menyeluruh...

JOHOR BAHRU - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor...

Pengutip Besi Buruk & Isteri Didenda Kerana Mencuri Besi

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri kepingan besi di tapak pembinaan, sepasang suami isteri masing-masing didenda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mustaza Mohd Sahar, 36, dan isterinya Noor Raihan Zakaria, 28, selepas mereka mengaku bersalah mencuri tiga kepingan besi bernilai RM500 milik Syarikat IJM Construction Sdn. Bhd. di tapak pembinaan IJM Kuchai Link, Jalan Kuchai Lama pada 12.30 tengah hari 12 Julai lalu.

Mustaza seorang pengutip besi buruk dan Noor Raihan seorang suri rumah didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pengadu yang merupakan pekerja di tapak pembinaan itu telah melihat sebuah motosikal diberhentikan di tepi kawasan itu dan melihat seorang lelaki sedang mengangkat kepingan besi dan kemudian meletakkannya di atas riba seorang wanita yang berada di atas motosikal mereka.

Pengadu kemudian telah menyergah pasangan itu dan mereka cuba melarikan diri namun gagal apabila motosikal yang dinaiki mereka terbabas.


Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aimy Zainul Anwar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.

Pasangan itu yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai seorang anak berumur tiga tahun yang memerlukan jagaan mereka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori