• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengorbanan Ibu Sakit Kanser Lahirkan Anak

oleh AK-47
27/07/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita yang bakal bergelar ibu, terkejut apabila rutin imbasan berkala selama 12 minggu terhadap kandungannya telah mendedahkan bahawa dirinya menghidap penyakit kanser ovari.

Bagaimanapun, Gemma Nuttall hanya diberi satu pilihan untuk merawat kanser yang dihidapinya iaitu dengan menggugurkan kandungannya yang berusia 12 minggu itu.

Namun begitu Gemma nekad memilih untuk menyelamatkan kandungannya.

Pengorbanan Ibu Sakit Kanser Lahirkan Anak

“Doktor hanya memberikan saya satu pilihan sahaja, sama ada teruskan kandungan atau tidak, dan ia merupakan satu keputusan yang berat.

“Saya tidak mahu menggugurkannya. Ini anak saya dan saya mahu dirinya selamat,” katanya.

Kini, anak perempuannya, Penelope berusia dua tahun dan sewaktu mengandungkan Penelope, usia wanita muda ini baru 27 tahun.

Gemma terpaksa menangguhkan rawatan demi kandungannya. Penelope dilahirkan setelah usianya mencecah 29 minggu dengan kaedah ‘caesarean.‘

Pengorbanan Ibu Sakit Kanser Lahirkan Anak

Malangnya, selepas melahirkan anaknya, Gemma disahkan menghidap penyakit kanser servik dan terpaksa memulakan sembilan bulan rawatan kemoterapi.

“Ianya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata apa yang telah saya lalui. Ia merupakan pengalaman yang pahit dan kejam,” katanya.

Tambah malang lagi, setelah menjalani rawatan kemoterapi, Gemma diberitahu bahawa kansernya telah kembali malah sekarang dia bertarung melawan kanser otak dan paru-paru tahap 4.

Bagaimanapun, keluarga Gemma cuba mengumpulkan wang sebanyak £50,000 (RM267,363.34) supaya dia dapat menjalani rawatan di sebuah klinik swasta Hallwang di Jerman yang pakar dalam merawat kanser. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Ibukandungankanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan...

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd