• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Pembangkang Tahu Agenda Peribadi Mahathir

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembentukan sebuah gabungan parti pembangkang seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak semudah seperti diperkatakan.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu tidak mudah kerana semua pihak termasuk pemimpin pembangkang tahu Mahathir menyarankan perkara itu adalah demi memenuhi kepentingan peribadinya.

“Walaupun Mahathir mungkin mengusahakannya sebagai satu skim dalam misi memperjuangkan kedudukan anaknya Datuk Seri Mukhriz dalam carta politik negara, namun itu tidak semudah dijangka.

“Pembangkang mempunyai ketuanya sendiri dan mereka menghidu setiap pergerakan Mahathir yang hingga kini belum mempunyai sebarang platform atau parti sendiri. Pengikutnya juga tak seberapa,” tegasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau semalam.

Mahathir baru-baru ini mengumumkan akan mewujudkan sebuah parti baharu bagi bekerjasama dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bagi menjatuhkan kerajaan BN.

Beliau berbuat demikian selepas pelbagai usahanya untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk gagal membuahkan hasil.

Mahathir berbuat demikian gara-gara berdendam dengan Najib kerana enggan memenuhi kepentingan peribadinya termasuk dalam isu pembinaaan jambatan bengkok di Johor.

Beliau bertambah marah dengan Najib apabila rancangan untuk menaikkan `orang kanannya’, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan anaknya sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak kesampaian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar MusaTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd