• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Bebas Tuduhan Bunuh Rakan Sekerja

oleh Ahmad Albab
22/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori menangis kegembiraan selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang kelindan yang juga rakan sekerjanya, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pembelaan M. Supermaniam, 26, yang menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Hakim Ghazali juga mendapati wujudnya kelompangan dalam kes pendakwaan seperti kegagalan memanggil saksi penting untuk memberi keterangan.

Supermaniam didakwa membunuh R. Jayaraj di alamat PT38180-A, Jalan 25/50, Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, kira-kira 9 pagi pada 12 Mei 2011.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seramai 17 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahathir Khairuddin sementara Supermaniam diwakili oleh peguam K. Davendran. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpemandu lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd