• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Malaysia Cedera Di Nice Lepasi Tahap Kritikal

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pelajar Singapore University of Technology and Design (SUTD) dari Malaysia yang cedera dalam serangan di Nice baru-baru ini dilapor tidak menujukkan tanda-tanda pendarahan dalaman atau kerosakan neurologi serta melepasi tahap kritikal.

Memetik SUTD, portal berita Channel NewsAsia melaporkan pada Selasa para doktor sedang mengkaji hasil ujian perubatan Esmond Chuah, pelajar tahun tiga universiti itu.

Chuah mengalami keretakan pada belakang dalam serangan itu.

Laporan tersebut menyebut beliau akan dibenarkan keluar selepas pihak hospital membenarkannya untuk melakukan perjalanan.

Seramai 12 pelajar SUTD berada di bandar raya percutian Perancis itu bagi menyertai program musim panas.

SUTD telah menghantar pegawai kanan ke Nice bagi membantu Chuah dan 11 pelajar lain pada Selasa, sebagai tambahan kepada pasukan kecemasan insurans, katanya.

Pada 15 Julai, bapa Chuah, Chuah Tze Leng memuat naik dalam laman Facebooknya bahawa anaknya dapat menghubungi pada petang berkenaan.

“Dia ok tetapi berada di hospital akibat retak pada belakangnya. Dia dilanggar oleh tepi trak berwarna putih yang membawa senjata api dan bom tangan serta bernasib baik (bom) tidak meletup.

“CT skan hospital turut menunjukkan trauma pada paru-paru dan perutnya,” kata Tze Leng.

Lebih daripada 80 orang dilapor terbunuh serta beberapa lagi cedera apabila sebuah trak merempuh kumpulan orang ramai semasa perayaan Hari Bastille di Nice, selatan Perancis pada 14 Julai. – BERNAMA

Tags: pelajar Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

Hanya Fikir Mati Syahid – Pelajar Malaysia Di Sudan

28/04/2023
0

SEPANG: “Kalau saya mati, saya hanya fikir mati syahid,” kata Abdul Rahman Mohd. Nuh, 25, pelajar Malaysia di Sudan. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd